Abang Muhyiddin Meninggal Dunia Sakit Tua

Diterbitkan: Selasa, 10 Mac 2015 12:47 AM

Muhyiddin Yasssin

(Ubah saiz teks)

MUAR: Ustaz Abdul Rahman Yassin, 76, abang kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin, meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini, kira-kira pukul 7.45 malam Isnin.

Anak Allahyarham, Rashid, 47, berkata arwah bapanya telah dimasukkan ke hospital berkenaan sejak semalam untuk mendapatkan rawatan kerana batuk dan kelihatan lemah.

"Arwah ada masalah buah pinggang dan juga jangkitan paru-paru," katanya ketika dihubungi Bernama.  

Rashid berkata arwah bapanya merupakan pesara guru agama di Sekolah Arab Saadiah, Jalan Bakri di sini.

"Arwah menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga," katanya Rashid, anak kedua daripada enam beradik itu. Jenazah sudah dibawa pulang ke rumah mereka di Jalan Bakri dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri, dekat sini, kira-kira pukul 10 pagi Ahad.

Sementara itu, Timbalan Ketua UMNO Pagoh, Ismail Mohamed ketika dihubungi berkata Timbalan Perdana Menteri dijangka tiba di sini pagi esok bagi menghadiri majlis pengebumian abangnya itu. 

Tags / Kata Kunci: TPM , Tan Sri Muhyiddin Yassin

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan