Permohonan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dilanjut Sehingga Malam Isnin

Diterbitkan: Isnin, 9 Mac 2015 1:28 PM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Permohonan bagi kemasukan ke Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) untuk pengajian Ijazah Sarjana Muda Perguruan melalui dalam talian telah dilanjutkan sehingga pukul 11.59 malam Isnin.

Rektor Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia, Sulaiman Wak berkata ia bagi membolehkan calon-calon yang berkelayakan membuat permohonan dan mengesahkan permohonan mereka setelah tempohnya yang sepatutnya berakhir pada pukul 11.59 malam tadi.

Sistem dalam talian bagi permohonan itu telah mengalami gangguan teknikal sepanjang hari semalam dan menyebabkan calon-calon yang hendak membuat permohonan dan mengesahkan permohonan melalui talian menghadapi masalah.

"Gangguan teknikal berkenaan bagaimanapun telah berjaya dipulihkan petang semalam bagi membolehkan IPGM melanjutkan tempoh permohonan dan pengesahan permohonan sehingga tengah malam ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas menghadiri pertandingan akhir Festival Dikir Pendidik antara empat daripada lapan kumpulan IPGM seluruh negara bagi merebut Piala Pusingan Menteri Pendidikan Kedua di IPG Kampus Sultan Mizan di sini lewat malam Ahad.

Sulaiman berkata sebanyak 3,200 calon akan dipilih melalui temuduga bagi menyertai IPGM untuk Ijazah Sarjana Muda Perguruan tahun ini membabitkan pelbagai opsyen di 27 buah IPGM di seluruh negara.

Katanya IPGM akan meneruskan kolaborasi dengan beberapa pusat pengajian tinggi luar negara seperti United Kingdom, New Zealand dan Australia bagi membolehkan tenaga pengajar di IPGM berkongsi teknik pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris untuk diaplikasikan di IPGM.

Tags / Kata Kunci: Sulaiman Wak

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan