Ahli Parlimen Pembangkang Pakai Serba Hitam Sebagai Protes

Diterbitkan: Isnin, 9 Mac 2015 12:01 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sekumpulan Ahli Parlimen pakatan pembangkang dilihat berpakaian serba hitam semasa hadir pada persidangan Dewan Rakyat Penggal Ketiga Parlimen Ke-13 pada Isnin.

Tindakan tersebut dipercayai sebagai tanda protes terhadap keputusan Jabatan Penjara menolak permohonan pakatan pembangkang untuk membenarkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Parlimen.

Anwar dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhairi Azlan pada 2008.

Antara Ahli Parlimen yang berpakaian serba hitam ialah Tian Chua (Batu), Tony Phua (DAP - Petaling Jaya Utara), Wong Chen (PKR- Kelana Jaya) , Khalid Samad (PAS - Shah Alam), Teresa Kok (DAP - Seputeh) dan N.Surendran (PKR - Padang Serai).

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali pula dilihat memakai baju Melayu serba hitam.

Ketua Whip Parlimen PKR, Datuk Johari Abdul berkata keputusan berpakaian serba hitam hanyalah diatas kehendak Ahli Parlimen pakatan pembangkang.

"Ia adalah pilihan Ahli Parlimen sendiri dan sebagai menunjukkan solidariti terhadap Anwar, " katanya.

Dewan Rakyat akan bersidang selama sebulan bermula pada Isnin sehingga 9 April ini.

Tags / Kata Kunci: Parlimen , Dewan Rakyat , Anwar Ibrahim

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan