Memori MH370: Ulang Tahun Pertama Yang Tak Menggembirakan

Diterbitkan: Isnin, 9 Mac 2015 7:00 AM

Jacquita Gonzales menulis sesuatu di atas kain rentang yang menghimpunkan tandatangan orang ramai yang memberikan tanda sokongan, ingatan dan doa terhadap mangsa MH370.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Walaupun tarikh 8 Mac 2015 diingati seluruh dunia sebagai tanda genap setahun insiden kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 tetapi ia bukanlah sambutan ulang tahun gembira seperti diharapkan waris mangsa.

Rintihan hati itu disuarakan Jacquita Gonzales, isteri kepada penyelia pesawat MH370, Patrick Francis Gomez di saat seluruh dunia mengenang peristiwa itu yang diiringi ingatan dan doa.

Menurutnya, apa yang lebih jelas adalah harapannya untuk menerima kepulangan insan tersayang yang ditunggu saban hari dengan penuh kesabaran.

“Ia bukanlah ulang tahun yang menggembirakan buat saya. Ini bukan ulang tahun yang saya harapkan. Tiada sesiapa pun meminta ianya supaya berlaku.

“Bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi seluruh dunia masih tertanya-tanyakan apakah sebenarnya berlaku. Apatah lagi saya mempunyai orang tersayang yang berada di dalam pesawat itu.

“Bagaimanapun, saya terus berharap dan berdoa sebagai kekuatan untuk saya hadapi situasi ini selain sokongan keluarga dan rakan-rakan,” katanya ketika ditemui mStar Online pada majlis memperingati ulang tahun pertama kehilangan pesawat MH370 di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Gonzales berkata, selagi tiada sebarang jawapan dan kebenaran secara jelas, selama itulah kesukaran yang terpaksa ditempuhinya terhadap apa yang sebenarnya berlaku.

“Jawapan bukanlah segala-galanya. Harapan pertama saya adalah untuk melihat suami kembali pulang. Jadi, sementara kami menunggu kepulangannya, sudah tentu saya mahukan jawapan.

“Saya tidak pernah berputus dan tidak akan putus asa sehingga kami mendapatkan mereka semula dan mengetahui apakah sebenarnya berlaku,” katanya.

Kelly Wen (kanan) tidak menahan sebak mengenangkan suaminya yang merupakan antara penumpang MH370, sambil ditenangkan oleh Peter Chong (kiri) selaku penganjur majlis memperingati ulang tahun kehilangan pesawat itu.

Sementara itu, Kelly Wen, isteri kepada salah seorang penumpang warga China, Li berkata, beliau terus setia berada di Malaysia sejak tiga bulan lalu untuk menunggu khabar gembira atau sekurang-kurangnya mendapatkan penjelasan mengenai kebenaran daripada pihak berkuasa.

Beliau mendakwa menghadapi kesukaran untuk mendapatkan penjelasan dan sebagai waris mangsa sepatutnya dimaklumkan dan bukannya hanya mengetahuinya daripada pihak media.

“Pengumuman yang dibuat juga adalah tanpa bukti yang sememangnya tidak boleh diterima pakai oleh kami. Oleh itu, saya akan terus di sini (Malaysia) untuk berusaha memperjuangkan apa yang boleh.

“Sudah tentu kehilangan insan tersayang membuatkan saya sedih. Tetapi kami minta supaya tidak menambahkan lagi kesedihan yang kami lalui sejak setahun lalu,” katanya.

Gonzales dan Kelly merupakan antara waris mangsa MH370 yang hadir pada sidang media mengenai satu pengumuman penting yang sepatutnya diadakan pukul 4 petang di Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Putrajaya pada 29 Januari lalu.

Bagaimanapun hasrat mereka untuk mendengar pengumuman itu tidak kesampaian apabila sidang media itu terpaksa dibatalkan pada saat akhir dan ia digantikan dengan rakaman yang disiarkan di saluran RTM1 pada pukul 6 petang hari yang sama.

Pengumuman yang dibuat oleh Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman itu mengisytiharkan insiden MH370 sebagai kemalangan di bawah peraturan penerbangan antarabangsa dan semua 239 orang yang menaiki pesawat dianggap terkorban.

Pesawat Boeing 777 itu membawa 239 orang termasuk 12 anak kapal apabila hilang daripada imbasan radar ketika dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac 2014. 

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan