MCA Johor Dalam Proses Kenal Pasti Calon PRU-14

Diterbitkan: Isnin, 9 Mac 2015 10:53 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: MCA Johor telah mula mengorak langkah awal untuk mengenal pasti calon-calon berwibawa yang boleh mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti.

Pengerusinya, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata kesemua 16 daripada 17 bahagian telah dipanggil untuk menyenaraikan senarai calon berkenaan kira-kira dua minggu sebelum Tahun Baru Cina baru-baru ini.

"MCA Johor kini sedang dalam proses mengenal pasti siapakah bakal calon kita nanti dan kita telah berbincang mengenai soal itu. Yang penting calon itu mesti yang bermaya, bertenaga, berkaliber, berwibawa, imej yang baik dan diterima baik masyarakat setempat," katanya selepas  Majlis Jamuan Rakyat sempena Sambutan Tahun Baharu Cina Daerah Muar, Ledang dan Bakri di sini, Ahad malam.

Turut hadir Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan pemimpin MCA tempatan.

Wee yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden MCA itu berkata lebih penting lagi calon berkenaan boleh menjadi "juara rakyat"dalam menangani isu di tempat masing-masing.

"Selain calon, kaedah yang kita guna di setiap lokaliti itu berbeza bagaimana untuk menarik sokongan masyarakat Cina terhadap Barisan Nasional terutama di tempat yang kita tewas," katanya.

Beliau berkata ketika ini pihaknya tidak boleh mengumumkan peratusan  calon muda dan lama yang akan diketengahkan itu itu dan ia akan diumumkan bila tiba masanya nanti.

Ketika ditanya sokongan masyarakat Cina terhadap BN ketika ini, Wee  berkata sokongan kini semakin baik dan masyarakat sudah mengetahui mereka tertipu dengan dakyah pembangkang pada PRU lalu.

"Untuk apa lagi masyarakat Cina untuk menyokong pembangkang yang kini mula berpecah dan tidak sehaluan lagi," katanya.

Sementara itu ketika berucap, Mohamed Khaled mahu masyarakat Cina di  negeri itu agar bersama-sama kerajaan negeri untuk membantu membangunkan Johor dengan lebih gemilang.

"Kerajaan negeri akan selesaikan semua masalah yang dibangkitkan  masyarakat Cina dan yang penting marilah kita bersatu dalam semua perkara,"  katanya. -BERNAMA

Tags / Kata Kunci: MCA Johor

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan