Masyarakat Benteng Utama Kekang Penularan Gerakan IS

Diterbitkan: Isnin, 9 Mac 2015 9:31 AM

Kelihatan dua buah rumah dipercayai milik keluarga seorang lelaki, Muhamad Wanndy Mohamed Jedi yang dikatakan menjadi anggota militan IS, di Jalan Bukit Tambun, Durian Tunggal.

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Benteng utama mengekang penularan gerakan militan IS di negara ini, bukan terletak sepenuhya ke atas bahu polis, tentera atau senjata canggih, sebaliknya masyarakat memainkan peranan penting dalam membantu pihak berkuasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata usaha pihak berkuasa mengekang gerakan itu daripada terus mempengaruhi orang ramai terutama belia, tidak akan berkesan tanpa kerjasama masyarakat.

Beliau berkata masyarakat bukan sahaja memainkan peranan sebagai penyalur maklumat, malah sebagai sebuah entiti penting yang bertanggungjawab memantau dan menasihati golongan tersebut.

"Sekiranya orang itu terlibat dalam gerakan militan IS, paling awal yang mengetahuinya ialah anggota masyarakat di sekeliling, bukan pihak berkuasa maka daripada situ kita lihat anggota masyarakat ialah benteng utama.

"Tidak wajar letakkan tanggungjawab mengekang gerakan itu 100 peratus atas bahu pihak berkuasa kerana pihak berkuasa tidak mampu mengawasi setiap orang, masyarakat perlu bersama membantu," katanya kepada Bernama di sini.

Seramai 61 rakyat Malaysia dikesan berada di Syria menyertai kumpulan militan IS dan daripada jumlah itu 10 adalah wanita manakala tangkapan terkini mereka yang terlibat dengan IS di negara ini mencecah 71 orang.

Terbaharu seorang lelaki berasal dari Melaka bersama isterinya dari Kedah dan seorang lelaki juga dari Kedah telah dikenal pasti identiti mereka menyertai militan itu di Syria.

Raja Shahrom berkata anggota masyarakat tidak perlu takut dalam melaporkan maklumat tentang gerakan militan IS kepada pihak berkuasa kerana keselamatan pelapor itu akan dijamin.

"Jangan takut pihak berkuasa tangkap anggota keluarga mereka, sahabat atau anggota masyarakat yang mereka sayangi, pihak berkuasa akan pantau dahulu dan tidak akan sewenang-wenang menahan mereka tanpa sebab kukuh," katanya.

Pakar Sosiobudaya Prof Datuk Dr Zainal Kling pula meluahkan kebimbangan pada zaman moden masa ini keluarga semakin kurang memainkan peranan dalam mengekang anasir negatif daripada meresapi pemikiran orang ramai terutamanya golongan belia.

Justeru Zainal yang juga Anggota Majlis Profesor Universiti Utara Malaysia berkata masyarakat sekeliling terutamanya rakan sebaya dan tokoh masyarakat perlu mendekati golongan belia bagi memastikan golongan itu tidak mudah dipengaruhi anasir negatif seperti militan IS.

"Saya tidak menafikan kepentingan keluarga tetapi belia masa sekarang hendak dengar cakap ibu bapa sendiri pun susah apa lagi anggota keluarga lain, mereka lebih suka dengar cakap rakan sebaya atau orang lain maka penting bagi orang bukan anggota keluarga ini memimpin belia tersebut.

"Tokoh masyarakat perlu memainkan peranan beri kefahaman kepada belia antaranya konsep jihad yang kurang difahami mereka yang membuatkan belia ini senang terpengaruh dengan pihak mahu ambil kesempatan," katanya.

Exco Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan Melaka Datuk Latipah Omar pula berpendapat institusi keluarga sekarang perlu diperkukuh bagi mendidik jati diri yang kuat dalam kalangan masyarakat terutama belia.

Beliau berkata dengan jati diri yang kukuh itu, struktur masyarakat itu sendiri dapat diperkukuh bagi menepis pengaruh militan IS.

"Masyarakat dan keluarga sebenarnya mempunyai hubungan simbiosis di mana kedua-duanya saling memerlukan. Jadi penting bagi kedua-duanya diperkukuh dan kita di Melaka melaksanakan banyak program bagi memperkukuh struktur ini,"katanya.

Latipah turut mengingatkan selain masyarakat di kawasan kediaman, masyarakat di alam siber turut memainkan peranan dalam mengekang penularan militan IS dengan memerhati sahabat online mereka dan melaporkan kepada pihak berkuasa jikaada sesuatu yang mencurigakan. 

Tags / Kata Kunci: Gerakan IS , Kekang penularan

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan