Perjanjian Air Kerajaan Pusat-Selangor Terbatal - Azmin

Diterbitkan: Isnin, 9 Mac 2015 4:24 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali memberitahu perjanjian air membabitkan kerajaan negeri itu dan Kerajaan Persekutuan telah berakhir pada Isnin dan tidak akan dilanjutkan.

Katanya, kerajaan Selangor sebelum ini  turut memberikan tempoh lanjutan sebanyak dua kali bermula pada Januari lalu.

Beliau berkata, keputusan tersebut dibuat selepas syarat perjanjian air yang ditandatangani pada September tahun lalu telah dilanggar oleh Kerajaan Persekutuan sehingga menyebabkan kerajaan Selangor tiada pilihan lain.

"Apabila saya dilantik menjadi menteri besar pada September tahun lalu, saya bersedia untuk meneruskan perjanjian tetapi Kerajaan Persekutuan gagal memenuhi syarat tersebut malah meminta tempoh lanjutan.

"Apa lagi pilihan yang kita ada? Saya ingin lihat syarat baharu yang ingin mereka bincangkan dengan kerajaan Selangor," katanya ketika ditanya pemberita mengenai isu tersebut di Lobi Parlimen pada Isnin.

Beliau berkata perkara sama turut berlaku kepada Projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) yang dibatalkan.

"Sama seperti projek Kidex... selepas dibatalkan baharulah Menteri Pengangkutan datang untuk berbincang mengenai pelan pengangkutan awam," katanya.

Keputusan kerajaan Selangor untuk tidak menyambung semula perjanjian tersebut akan menjejaskan kerja-kerja pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 yang dijangka siap pada 2017.

Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Selangor memeterai perjanjian bagi memuktamadkan penstrukturan semula industri air pada 12 September tahun lalu.

Tags / Kata Kunci: Syabas , Selangor

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan