Memori MH370: Subramaniam Tetap Tunggu Kepulangan Anak

Diterbitkan: Ahad, 8 Mac 2015 8:56 AM

Subramaniam bergambar berlatarbelakangkan ikan peliharaan Puspanathan sambil memegang gambar anaknya itu.- foto T.SELVA/The Star

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Setiap kali apabila terlihat kapal terbang, emosi bekas pekerja ladang G.Subramaniam pastinya terganggu kerana ia mengingatkan memori anak lelakinya, Puspanathan antara salah seorang daripada 239 penumpang yang berada di dalam pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang pada 8 Mac tahun lalu.

Sejak misteri kehilangan pesawat itu menggemparkan dunia genap setahun pada Ahad, kehidupan Subramaniam bersama isterinya A.Amurathnam masih tidak berubah.

Sukar bagi mereka untuk menerima kenyataan tidak dapat dipertemukan dengan Puspanathan lagi, seorang graduan teknologi maklumat dan pengurus pemasaran.

Subramaniam, 61, masih tidak dapat tidur lena, susut berat badan kerana kurang selera makan dan lebih suka menyendiri.

Beliau yang juga peminat filem Tamil tidak lagi pergi ke panggung wayang.

Amurathnam, 61, turut enggan menggantung gambar Puspanathan di dinding rumah mereka di Teluk Panglima Garang, Banting kerana masih belum cukup kuat untuk menerima kenyataan anaknya tidak akan pulang ke rumah mereka semula.

Beliau juga pernah jatuh sakit dan sering mendapat rawatan doktor.

Malah, lebih menyedihkan pasangan suami isteri itu adalah sikap segelintir jiran terhadap mereka.

"Sebuah keluarga di dalam kawasan kejiranan yang sering melawat saya sebelum tragedi ini tidak lagi bercakap dengan kami kerana mereka rasakan keluarga kami terkena sumpahan dan mereka bimbang nasib malang akan menimpa mereka.

"Cabaran besar yang saya hadapi adalah cuba menjawab pertanyaan dua orang cucunya yang sering bertanya bila bapa mereka akan pulang dari kerja selepas melihat rakan mereka diambil oleh bapa mereka dari tabika," kata Subramaniam.

Isteri Puspanathan, K. Sridevi, 30, dan anak lelaki, Varmer, 4, dan Thashuvarmen, 2, tetap setia menunggu kepulangan Puspanathan.

Sebelum tragedi itu, mereka menetap di sebuah rumah sewa di Wangsa Maju dan kemudiannya Sridevi berpindah untuk tinggal lebih dekat dengan ibu bapa dan ahli keluarganya di Selayang.

Puspanathan, yang membuat tempahan sebuah rumah baharu di Damansara Heights, sepatutnya mengambil kunci rumah tersebut pada bulan ini.

Subramaniam berkata beliau adalah generasi ketiga dalam keluarganya yang bekerja sebagai pekerja ladang di Pulau Carey tetapi berpindah ke seberang untuk memberikan pendidikan kepada anak lelakinya supaya dia boleh keluar dari kepompong kemiskinan.

"Saya sedih kerana impian untuk melihat anak lelaki saya menjadi pengurus korporat tidak kesampaian tetapi harapan saya masih lagi kuat," katanya.

Subramaniam berkata rakan-rakan dan ahli keluarga ada kalanya memberikan kata-kata semangat untuk beliau menghadapi dugaan itu.

"Sejak tujuh bulan lalu, jabatan kebajikan memberikan bantuan sebanyak RM300 sebullan. Kadang kala saya bekerja sambilan sebagai pengawal keselamat apabila ada peluang untuk mendapat pendapatan sampingan.

"Saya berdoa setiap hari kepada Tuhan dan mendiang ibu bapa saya dan mereka memberi kekuatan dan harapan kepada saya," katanya yang berharap misteri kehilangan pesawat tersebut akan terungkai dalam masa terdekat.

Tags / Kata Kunci: MH370 , MAS , G.Subramaniam

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan