Dua Belas Kali Bulan Kembang

Diterbitkan: Ahad, 8 Mac 2015 12:41 PM

Memori MH370

  • 1 of 9
  • mh1

    Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 mengadakan majlis khas untuk memperingati 13 anak kapal yang berada di atas pesawat tersebut di Akademi MAS di Kelana Jaya pada Ahad.

  • mh10

    Seorang lelaki berjalan melintas lukisan mural bagi memperingati pesawat MH370 di Laman Seni, Shah Alam.

  • mh2

    Waris keluarga menunjukkan gambar ahli keluarga mereka yang berada di dalam pesawat malang itu.

  • mh3

    Anak kepada rakan baik salah seorang mangsa nahas MH370, Sharifah Zara, 5, meletakkan lilin sempena memperingati tragedi kehilangan pesawat MH370 itu.

  • mh4

    G.Subramaniam, bapa kepada salah seorang penumpang, Puspanathan menunjukkan gambar anak lelaki kesayangannya itu.

  • mh5

    Kasuk milik penyelia pesawat MH370 Patrick Francis Gomez masih tersusun di luar rumahnya dan mula berkulapuk.

  • mh6

    Tandatangan serta kata-kata semangat yang dizahirkan pada sekeping kad oleh rakan-rakan diletakkan di rumah Jacquita Gomes, isteri salah seorang krew pesawat MH370, Patrick Francis Gomes sempena memperingati tragedi kehilangan pesawat MH370 pada Sabtu.

  • mh7

    Penyokong Pahang yang di gelar "Elephant Army" mengibarkan kain rentang "In Memory MH370" bagi memperingati genap setahun kehilangan pesawat itu ketika perlawanan Liga Super Pahang menentang KL Sime Darby FC di Stadium Darul Makmur dekat Kuantan malam Sabtu.

  • mh9

    Waris nahas MH370 warga China menghadiri upacara sembahyang di tokong Thean Hou, Kuala Lumpur baru-baru ini.

x
(Ubah saiz teks)

MEMORI MH370 yang dipaparkan mStar Online selepas setahun usia tragedi misteri ini dengan rendah hati ingin menghadiahkan catatan indah ini khas buat mangsa dan keluarga penumpang serta kru pesawat malang itu.

 

Dua belas kali bulan kembang

Selepas setahun, langit masih belum mahu terbuka

untuk memesrai kita. Dua belas kali bulan purnama
awan tetap enggan bercerita. Biru laut kekal 
bergumam dengan gelora tanda tanya. Misteri masih 
bergantungan antara keduanya.

Dua belas kali bulan mengambang, sepucuk surat
penawar duka pembasuh rusuh tetap enggan datang.
Lara tak terubat. ingin, cemas dan harap tetap 
berkampung di dalam dada. Angin tegar bermain teka-teki.

Setahun lalu - kami masih ingat itu - keliru
tiba-tiba menjadi ribut. Antara laut china selatan,
Laut andaman, selat melaka dan lautan hindi 
kita cuba menebak ombak. keangkuhan runtuh
dengan sebuah kehilangan. 

Antara debur ombak
dipecah karang, cinta dan ingat kami
tak pernah kurang.


Nukilan: Kalamutiara


Tags / Kata Kunci: MH370 , MAS

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan