MH370: Kementerian Pengangkutan Akan Teliti Laporan

Diterbitkan: Ahad, 8 Mac 2015 7:35 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kementerian Pengangkutan akan meneliti kenyataan interim serta laporan maklumat berasaskan fakta setebal 584 muka surat berkaitan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang dikeluarkan Ahad.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihaknya perlu mengambil kira semua maklumat yang terkandung dalam kedua-dua dokumen itu.

"Langkah sewajarnya akan diambil apabila kajian terperinci terhadap dokumen itu siap," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Laporan dan kenyataan itu dikeluarkan sempena ulang tahun pertama misteri kehilangan MH370 pada 8 Mac lalu bersama 239 penumpang dan kru.

Pasukan penyiasat antarabangsa membabitkan 19 anggota dikenali sebagai Pasukan Penyiasatan Keselamatan Malaysia ICOA Annex 13 untuk MH370 yang diketuai bekas Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Kok Soo Chon menyiapkan laporan dan kenyataan itu.

"Saya telah arahkan pihak kementerian untuk meneliti laporan dan mengambil langkah sewajarnya," katanya.

Beliau berkata, pasukan itu menganalisa data yang dikumpul dan akan membuat kesimpulan serta cadangan aspek keselamatan.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan