Memori MH370: Kaunselor Sedia Bantu Waris Keluarga

Diterbitkan: Ahad, 8 Mac 2015 10:18 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sukarelawan (penjaga), kaunselor dan pakar psikiatri sentiasa memberikan sokongan kepada keluarga mangsa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 dan sesiapa sahaja yang memerlukan perhatian.

Golongan ini berdepan pelbagai cabaran tetapi mereka sentiasa memberi sokongan terhadap antara satu sama lain setiap masa.

Beberapa waris keluarga mengalu-alukan bantuan mereka manakala ada segelintir lagi berasa ragu-ragu atau tidak mahu meminta pertolongan daripada mereka, kata Dr Anasuya Jegathevi Jegathesan, antara sukarelawan yang terlibat dalam pasukan pengurusan krisis daripada Persatuan Kaunseling Antarabangsa Malaysia.

Sebagai seorang ketua pasukan, beliau memastikan ahli-ahlinya tidak tertekan dengan situasi tersebut.

Bagi anggota sekretariat Pasukan Intervensi Krisis Malaysia (MCIT), Dr Rusni A.Ghani, satu cabaran yang dihadapi adalah menilai waris yang pendiam kerana mereka tidak memberitahu apa yang mereka fikirkan.

Sebaliknya, waris yang menangis atau meluahkan kemarahan mereka memberi ruang kepada kaunselor untuk mengambil langkah sepatutnya dalam membantu mereka.

Berbekalkan pengalaman 25 tahun dalam bidang kaunseling, Rusni berkata beliau dapat mengawal emosinya tetapi beberapa kaunselor muda perlu belajar untuk tidak terheret sama dalam kesedihan waris keluarga.

Katanya, kaunselor muda akan meminta nasihat daripada rakan senior mereka.

Sukarelawan Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM), Jason Lee membantu keluarga dari China dan juga dihantar ke Beijing untuk meneruskan misi tersebut.

"Pada mulanya, ada diantara waris keluarga yang enggan bercakap dengan kami tetapi lama kelamaan mereka berjaya melakukannya.

"Kadang kala tiada perkembangan terkini mengenai pesawat itu dan keluarga akan marah apabila mereka diberikan jawapan yang sama.

"Setiap hari, mereka akan menangis dan meraung. Ia akan memberi tekanan kepada anda," katanya.

Sukarelawan yang menjaga kebajikan waris MH370 akan tetap berdepan pelbagai karenah tetapi menegaskan bahawa mereka sentiasa ada sekiranya keluarga tersebut memerlukan khidmat mereka.

Bagaimanapun, tidak semua keluarga menyimpan dendam dengan ada diantara mereka yang memberi hadiah kepada sukarelawan sebagai tanda penghargaan, kata setiausaha kerja CRSM, Xilas Ngang Wei Xiang. 

Bagi pakar psikiatri Dr Mazni Mat Junus yang menyertai Pasukan Tindak Balas Psikologi dan Kesihatan Mental dari Kementerian Kesihatan berkata, masalah bahasa dengan warga China dan beberapa waris keluarga enggan memberikan kerjasama.

Namun, kakitangan yang mahir bertutur dalam bahasa Mandarin dipanggil untuk membantu doktor.

Dengan keluarga yang terdesak untuk mendapatkan berita, pelbagai teori tersebar secara dalam talian dan perasaan gelisah menghantui mereka.

"Kita perlu bersabar dan konsisten dengan kesediaan untuk membantu. Mereka kecewa dan marah tetapi pada masa sama bersedih dengan kehilangan ahli keluarga mereka," katanya.
Tags / Kata Kunci: kaunselor , MH370 , MAS

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan