Laporan MH370: Bateri Kotak Hitam Tamat Tempoh Setahun Sebelum Pesawat Hilang

Diterbitkan: Ahad, 8 Mac 2015 5:54 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Laporan pertama kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 mendedahkan bateri isyarat pengesan pada Perakam Data Pesawat itu telah tamat tempoh lebih setahun sebelum tragedi itu.

Laporan 684 muka surat bertajuk, Maklumat Berdasarkan Fakta Siasatan Keselamatan MH370 berkata, rekod penyelenggaraan menunjukkan bateri lampu isyarat pada perakam data yang juga dikenali sebagai 'kotak hitam' itu tamat pada Disember 2012.

"Ini antara margin tambahan yang diambil kira untuk mengetahui jangka hayat bateri dan memastikan ia memenuhi syarat minimum," menurut laporan itu.

Laporan yang dihasilkan pasukan penyiasat antarabangsa berkata, bagaimanapun bateri lampu isyarat pengesan di bahagian perakam suara kokpit berfungsi.

Pasukan itu menyiasat latarbelakang kapten, pembantu juruterbang, pakar psikologi, profil kewangan selain 10 kru kabin lain.

Bagaimanapun, siasatan mendapati tiada penemuan yang mencurigakan membabitkan semua kru terbabit.

"Tiada tanda sikap mengasingkan diri, perubahan minat, menyendiri, penyalahgunaan dadah atau alkohol di pihat kapten, pembantunya dan kru kabin," katanya.

Laporan ini juga menyebut radar awam mengesan pesawat itu pada tempoh singkat selepas ia menukar haluan pada 8 Mac tahun lalu, bagaimanapun ia berlainan dengan kenyataan negara bahawa hanya rada tentera sahaja yang dapat memantau pergerakan pesawat negara ini.


Tags / Kata Kunci: kotak hitam , bateri , MH370

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan