Memori MH370: 'Kami Sayang, Rindu Mereka' - MAS

Diterbitkan: Ahad, 8 Mac 2015 2:31 PM

MAS mengadakan majlis tertutup bersama waris 13 anak kapal MH370 di Akademi MAS di Kelana Jaya, Petaling Jaya pada Ahad.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan Malaysia (MAS) Ahmad Jauhari Yahya memberi penghormatan kepada kakitangan syarikat tersebut dan penumpang yang berada di dalam pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac tahun lalu.

Beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat tersebut.

"Kami berada di sini hari ini untuk menyatakan 'Terima Kasih' di atas perkhidmatan 13 kakitangan MAS yang tidak berada di sini hari ini (Ahad).

"Bagi memperingati 13 rakan kami, kami ucapkan terima kasih kepada keluarga dan insan tersayang yang berkongsi kehidupan mereka dengan kami.

"Untuk pengetahuan anda kami tidak akan melupakan rakan-rakan kami. Kami menyayangi dan merindui mereka. Dan mereka akan sentiasa kekal dalam hati kami.

"Sebagai CEO kumpulan, ia satu penghargaan untuk bertugas dengan anda, keluarga MAS, ketika saat senang dan sukar sepanjang tahun lalu.

"Saya tahu tiada yang dapat menggantikan insan tersayang anda tetapi kami berharap agar dapat memberikan keselesaan dan bantuan untuk anda dalam menhadapi waktu sukar," katanya pada satu majlis tertutup bagi memperingati genap setahun tragedi kehilangan MH370.

Ahmad Jauhari turut mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membantu sepanjang saat sukar itu.

"Walaupun MH370 satu episod tragis untuk semua, MH370 turut membuktikan satu sisi yang terbaik dalam MAS. Melihat bagaimana keseluruhan organisasi bekerjasama, memberi sokongan antara satu sama lain sebagai keluarga dalam krisis ini benar-benar mengagumkan saya," katanya.

Ahmad Jauhari turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan negara luar yang bekerjasama dalam operasi mencari pesawat tersebut.

"Di sebalik kesukaran pada tahun lalu, MAS sentiasa terbang tinggi. Ini dapat dilakukan kerana sokongan kuat daripada pelanggan kami yang terus terbang bersama kami dan seluruh rakyat Malaysia yang turut berdiri di belakang kami, kami ucapkan terima kasih," katanya.

Pencarian pesawat itu di dasar laut dijangka selesai sepenuhnya pada Mei ini.

Pada 29 Januari lalu, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengisytiharkan pesawat MH370 yang hilang itu sebagai kemalangan di bawah peraturan penerbangan antarabangsa, dan kesemua 239 penumpang dan anak kapal pesawat malang itu dianggap telah terkorban. 

Pesawat MH370 yang membawa 239 orang termasuk 13 anak kapal itu hilang daripada radar kurang sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing pada 8 Mac tahun lalu.

Pesawat itu dipercayai mengakhiri penerbangannya di selatan Lautan Hindi.

Tags / Kata Kunci: MAS , MH370 , Ahmad Jauhari

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan