Jawatankuasa Pengurusan Bencana Siap Sedia Hadapi Kemarau - Muhyiddin - Berita Semasa | mStar

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Siap Sedia Hadapi Kemarau - Muhyiddin

Diterbitkan: Sabtu, 7 Mac 2015 4:18 PM

Muhyiddin Yassin berpuas hati ketika memandu kereta teknologi hijau berkuasa elektrik jenis Renault ketika melawat ruang pameran selepas merasmikan Karnival YaHijau Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh, Sabtu.

(Ubah saiz teks)

MUAR: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara sudah bersiap sedia dengan pelbagai langkah bagi menghadapi cuaca panas berpanjangan dalam negara jika keadaan menjadi kritikal, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau, yang juga Pengerusi jawatankuasa itu berkata, meskipun belum sampai tahap kritikal, jawatankuasa itu sentiasa dimaklumkan mengenai keadaan terkini terutama oleh negeri-negeri yang terlibat.

"Setakat ini, Kementerian Pertanian (dan Industri Asas Tani) memaklumkan belum terjejas tetapi kalau trend ini (kemarau) kekal untuk dua bulan hingga Mei ini, contohnya, ia akan bawa kesan teruk, mungkin tanaman boleh terjejas,  bekalan air tak memadai akan membantut pertumbuhan tanaman dan kita bimbang kalau ia memberi kesan kepada bahan makanan dan (menjadi) sebab harga dan kos meningkat," kata beliau.

Muhyiddin, yang juga anggota Parlimen Pagoh itu berkata demikian kepada pemberita selepas program Jalinan Mesra Wanita UMNO Pagoh di Kompleks Seri Pekembar, Pagoh, di sini.

Timbalan Perdana Menteri mengulas mengenai persiapan jawatankuasa dalam menghadapi cuaca panas yang berpanjangan dalam negara.

Beliau berkata, pihaknya masih memantau keadaan itu dan mengingatkan agar orang ramai bijak dalam menggunakan bekalan air dan elektrik bagi mengurangkan beban sekali gus memulihara alam sekitar.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan berkata pekeliling kepada sekolah-sekolah mengenai tindakan ketika musim kemarau sudah diedarkan.

Bagaimanapun, ia terpulang kepada kebijaksanaan pengurusan sekolah untuk menangguhkan aktiviti luar di sekolah jika cuaca panas didapati boleh menjejaskan kesihatan pelajar.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan