Tiada Cadangan Guna Nyamuk Ginetik Tangani Denggi - Subra

Diterbitkan: Sabtu, 7 Mac 2015 8:11 PM

Subramaniam (tiga,kiri) memeriksa dokumen kesihatan seorang warga emas ketika beliau mengadakan lawatan pada Program Transformasi Masyarakat di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Alor Gajah, Sabtu.

(Ubah saiz teks)

ALOR GAJAH: Kementerian Kesihatan tidak bercadang untuk menggunakan nyamuk ginetik (GMO) bagi mengatasi kes demam denggi, kata Menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata, kaedah itu yang dikaji sekitar 2010 didapati tidak praktikal disamping melibatkan kos tinggi.

Katanya kajian saintifik juga mendapati kaedah GMO tidak dapat digunakan dalam kawasan luas di samping terdapat kebimbangan rakyat terhadap ekologi di kawasan sekitar mereka.

"Kita tidak akan gunakan selagi kaedah ini dilihat tidak praktikal dan melibatkan kos amat tinggi disamping tidak mendatangkan kesan seperti yang kita mahukan," katanya kepada pemberita.

Beliau merasmikan Program Kesihatan Masyarakat India 1Malaysia di sini, Sabtu.

Menerusi kaedah tersebut, nyamuk jantan GMO yang direka khusus dijangka mengawan dengan nyamuk Aedes betina biasa yang diharapkan telur yang dihasilkan kelak akan mati dan dengan itu menghalang pembiakan generasi nyamuk Aedes.

Kementerian Kesihatan menganggarkan kos RM100 juta bagi melaksanakan kaedah itu di empat negeri terpilih.

Sehubungan itu, Dr Subramaniam berkata, selain kaedah biasa seperti semburan antinyamuk, kempen kesedaran dan penguatkuasaan, kementeriannya sedang giat mencari kaedah lain dalam menangani denggi.

"Antara kaedah yang kita sedang cuba ialah teknik semburan antinyamuk yang semburannya boleh meresap di dinding bangunan seterusnya bertahan selama tiga bulan, di samping penggunaan pil antinyamuk dan cat dinding antinyamuk," katanya.

Tags / Kata Kunci: nyamuk ginetik , denggi , Subramaniam

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan