MH370 & Raja Bomoh

Diterbitkan: Sabtu, 7 Mac 2015 1:25 PM

Ibrahim (duduk,belakang) melakukan ritual bersama pengikutnya di KLIA tahun lalu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang menggelarkan dirinya Raja Bomoh Sedunia menjadi terkenal selepas melakukan ritual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tahun lalu.

Ketika insiden kehilangan pesawat MH370 Mac tahun lalu, tiba-tiba muncul seorang lelaki bergelar bomoh bersama seorang wanita dari Johor dan beberapa orang pengikutnya.

Kontroversi bomoh Ibrahim Mat Zin ini menjadi terkenal dan bualan utama selepas dia dan pengikutnya membuat ritual di KLIA menggunakan kelapa, teropong buluh, tongkat buluh, perangkap ikan dan permaidani.

"Saya lebih popular sekarang, dan beberapa orang tertanya-tanya jika saya hilang atau jatuh miskin," kata bomoh berusia 83 tahun dalam satu temu bual di pejabatnya di sini.

Premisnya itu dipenuhi dengan poster baharu perniagaan Kopi Mahaguru asli dari Perak, dan mendedah menggunakan 10 jenis kopi berdasarkan resipi 1917.

Ibrahim Mat Zain


Dia mendakwa kopi tersebut turut diminum oleh oleh raja-raja Melayu, pahlawan, ketua-ketua kampung dan bidan.

Ibrahim mendakwa kos usahanya itu mencecah RM19 juta termasuk ladang di Sungai Manik (Perak) dan Bukit Mertajam (Pulau Pinang) dan tenaga kerja seramai 1,300 orang.

Katanya, dalam perancangan projeknya itu, sebahagian daripada keuntungan akan diagihkan kepada anak-anak yatim, orang tua dan mereka yang memerlukan.

Jelasnya lagi, dia juga terlibat dalam tiga buah filem akan datang yang memaparkan muka-muka baharu serta kesenian silat, iaitu filem Hantu Miniskirt 1963 (Miniskirt Ghost 1963), Pendekar Tangan Besi (Iron Hand Warrior) dan Keranda Terbang Waktu Malam (Night Flying Coffin).

Bomoh generasi ketujuh dari Pasir Salak ini mendedahkan dia kini terlibat dalam perniagaan perumahan dan perhotelan selepas memulakan perniagaan nenas.

Dalam pada itu, Ibrahim menegaskan dia mempunyai hak untuk membantu mencari pesawat MH370.

"Kehadiran saya telah dipolitikkan. Kelapa tidak syirik. Ia mempunyai air tulen. Semua kaum menikmatinya," katanya.

Walaupun permintaannya untuk melakukan upacara ritual itu sebanyak lima kali, dia hanya diberikan pelepasan selama dua upacara sahaja di KLIA.

"Saya tidak boleh beritahu siapa yang menghantar saya. Saya tidak datang untuk meminta wang. Saya hanya melakukan kerja-kerja saya dan berdoa menggunakan ayat al-Quran.

"Tetapi orang ramai sukar mendengar ayat-ayat doa yang saya baca kerana ketika itu keadaan bising kerana bunyi enjin kapal terbang mendarat dan berlepas," kata Ibrahim.

Ibrahim juga pernah membuat kenyataan mahu 'menumbuk dan menampar seperti buaya' kepada Khairy Jamaluddin selepas Menteri Belia dan Sukan itu mengkritik ritualnya.

Dia turut mengingatkan pengkritiknya mengenai sumbangannya ketika tragedi Highland Tower dan banjir di Kuala Dipang.

"Semasa perbicaraan kes Mona Fandey, saya pergi ke Mahkamah Tinggi Temerloh dan menjampi supaya hakim itu boleh melaksanakan tugas tanpa gangguan luar," dakwanya.

Selain itu, ketika ditanya pandangannya mengenai misteri kehilangan MH370, Ibrahim berkata, pesawat itu hilang selepas memasuki langit lapisan pertama daripada tujuh lapisan.

"Bagi saya, sebagai Raja Bomoh Sedunia dengan pengalaman 70 tahun, orang-orang di atas kapal terbang tidak mati. Mereka baru sahaja memasuki alam misteri," katanya.

Tags / Kata Kunci: Raja Bomoh Sedunia , MH370

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan