Pembentangan POTA Dan Polemik Anwar Bakal Hangatkan Dewan Rakyat

Diterbitkan: Sabtu, 7 Mac 2015 10:15 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persidangan mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen ke-13 yang bermula Isnin ini akan menjadi tumpuan ramai, bukan sahaja kepada kedudukan Ketua Pembangkang, tetapi juga pembentangan beberapa rang undang-undang yang menarik perhatian.

Antara rang undang-undang yang menarik perhatian umum adalah pembentangan Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) yang akan memperkasakan lagi undang-undang keselamatan negara sedia ada, serta mempertingkatkan usaha menangani ancaman kumpulan militant IS.

Persidangan kedua-dua dewan, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara, akan dirasmikan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Persidangan Dewan Rakyat mulai Selasa selama 20 hari sehingga 9 April depan dijangka turut membahaskan pindaan Akta Dadah Berbahaya 1952 yang antara lain memasukkan takrifan ketum sebagai dadah berbahaya, untuk bacaan kali kedua.

Turut dijangka dibawa pada sesi kali ini adalah Rang Undang-Undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2014 berkaitan kenaikan gaji dan elaun anggota Parlimen yang ditangguhkan pada sidang lepas.

Selain itu, isu kedudukan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lepas terhadap kesalahan liwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, dan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan menjatuhi hukuman penjara lima tahun, antara isu yang akan dibangkitkan oleh anggota parti pembangkang.

Walaupun isteri Anwar Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta dua anak mereka, Nurul Izzah dan Nurul Nuha pada 23 Februari lepas, mengemukakan petisyen pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi pihak ketua pembangkang itu berhubung sabitan dan hukuman penjara, bagi pakar perundangan tiada undang-undang yang membenarkan Anwar hadir pada persidangan kali ini. 

Bekas penasihat undang-undang kerajaan Tan Sri Abu Talib Othman baru-baru ini dipetik akhbar tempatan sebagai berkata tiada siapa mempunyai kuasa untuk mengizinkan Anwar menghadirkan diri ke Parlimen memandangkan beliau dijatuhi hukuman oleh mahkamah selari dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang sedia ada.

Pandangan Abu Talib turut dikongsi pakar undang-undang Tan Sri Dr Rais Yatim, yang berkata proses undang-undang telahpun selesai dan Anwar harus menjalani hukuman penjara dan menghormati undang-undang.

Isu kini, siapa selepas Anwar yang akan dilantik oleh parti-parti pembankang sebagai ketua baharu mereka.

Pemimpin PKR menjadi ketua pembangkang sejak Mac 2008 apabila Dr Wan Azizah dipilih memegang jawatan itu selama lima bulan sehingga meletakkan jawatan sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh pada 31 Julai 2008 bagi memberi laluan kepada suaminya bertanding pada pilihan raya kecil kerusi tersebut.

Pada Oktober tahun sama, Anwar, yang memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya kecil itu, mengambil alih jawatan tersebut sehinggalah kehari ini.

Yang paling lama pernah memegang jawatan Ketua Pembangkang ialah Lim Kit Siang yang memegang jawatan itu sebanyak tujuh kali dengan kali pertama dipilih pada 31 Jan 1973 untuk tempoh setahun; kemudian dari 4 Nov 1975 hingga 3 Nov 1976; 31 Julai 1978 hingga 28 Mac 1982; 10 Julai 1982 hingga 18 Julai 1986; 19 Sept 1986 hingga 4 Okt 1990; 10 Dis 1990 hingga 5 April 1995; dan kali terakhir dari 15 Jun 1995 hingga 11 Nov 1999.

Adakah jawatan itu akan kembali kepada DAP yang memiliki 37 kerusi Parlimen, atau terus dipertahankan PKR yang mempunyai 30 kerusi atau PAS yang memiliki 21 kerusi?

Selain itu, isu semasa seperti pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan serta rancangan kerajaan PAS Kelantan untuk melaksanakan hukum Hudud di negeri itu, kumpulan militan IS dan 1 Malaysia Development Berhad dijangka memanaskan persidangan kali ini.-BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Dewan Rakyat

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan