MAS Tambah Baik Sistem Komunikasi Dan Laporan Pesawat

Diterbitkan: Sabtu, 7 Mac 2015 2:16 PM

Ahmad Jauhari Yahya

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penerbangan Malaysia (MAS) menghantar data penerbangan pesawatnya kepada pusat kawalan melalui Sistem Komunikasi dan Laporan Pesawat (ACARS), lima minit lebih kerap daripada tempoh baharu yang tetapkan mengikut standard baharu antarabangsa.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata, langkah itu diambil bagi membolehkan syarikat berkenaan mengesan kedudukan pesawatnya dengan lebih kerap.

Katanya, berikutan kehilangan Penerbangan MH370 pada 8 Mac tahun lepas, Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) menetapkan setiap pesawat perlu menghantar data penerbangannya kepada pusat kawalan pada kekerapan setiap 15 minit.

"MAS menetapkan sesetengah pesawatnya perlu menghantar data penerbangan masing-masing pada kekerapan setiap 10 minit," kata beliau dalam temu bual dengan Bernama bersempena ulang tahun pertama kehilangan Penerbangan MH370 yang masih diselubungi misteri.

Beliau berkata, ACARS adalah sistem komunikasi pesawat yang memancarkan data penerbangan, termasuk kelajuan, halaju, arah tuju dan lokasinya kepada sistem kawalan syarikat penerbangan melalui satelit.

"Pengajaran paling utama yang kami peroleh ialah kami perlu mengetahui lokasi dan kedudukan pesawat kami dengan lebih baik. Saya rasa, kami sudah melakukan perkara ini," kata beliau.

Ahmad Jauhari berkata, kekerapan setiap 10 minit itu terpakai bagi semua pesawat Airbus MAS yang menggunakan kod A380 dan A330 serta pesawat Boeing 738 kepunyaannya.

Sementara itu, bagi semua pesawat Boeing 777 MAS, kekerapan bagi penghantaran data penerbangan ialah setiap 15 minit, katanya.

Mengenai program latihan untuk juruterbang MAS, Ahmad Jauhari berkata, pada masa ini, tiada keperluan bagi syarikat penerbangan itu untuk melakukan semakan semula memandangkan program sedia ada sudah cukup ketat dan komprehentif.

Penerbangan MH370, yang membawa 12 anak kapal dan 227 penumpang, hilang daripada skrin radar ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam selepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 8 Mac. Ia dijadualkan tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Pada 29 Januari, kerajaan Malaysia mengisytiharkan kehilangan pesawat itu sebagai suatu kemalangan mengikut peraturan penerbangan antarabangsa dan kesemua 239 penumpang serta anak kapalnya dianggap meninggal dunia.

Usaha mencari pesawat itu masih diteruskan di kawasan terpencil di Lautan Hindi, kira-kira 2,500 kilometer dari pantai Perth, Australia.

Tags / Kata Kunci: MAS , ACARS , pesawat , ICAO , Ahmad Jauhari Yahya

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan