Laporan Interim Siasatan MH370 Dikeluarkan Selaras Peraturan ICAO - DCA

Diterbitkan: Sabtu, 7 Mac 2015 12:29 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Laporan interim berhubung siasatan insiden pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang telah hilang selama setahun akan dikeluarkan tidak lama lagi, bagi mematuhi peraturan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, siasatan dijalankan mengikut Lampiran 13 - Kemalangan Pesawat dan Siasatan Insiden bagi Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa (Konvensyen Chicago), seperti dilaksanakan mengikut Peraturan Penerbangan Awam 1996.

Beliau berkata, Lampiran 13 Protokol ICAO menggariskan bahawa jika sebarang laporan kemalangan dan siasatan tidak dapat dimuktamadkan, satu kenyataan interim perlu dikeluarkan pada setiap ulang tahun insiden.

"Siasatan nahas MH370 dijalankan oleh sebuah badan bebas, yang diketuai oleh Malaysia kerana Malaysia merupakan negara didaftarkan dan negara pengendali, dibantu oleh tujuh negara. 

"Ketujuh-tujuh negara itu ialah Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis,  China, Singapura, Indonesia dan Australia," kata beliau pada taklimat media bersempena ulang tahun pertama insiden kehilangan pesawat Boeing itu, di sini, Jumaat.

Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 krew , hilang daripada imbasan radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 8 Mac tahun lepas. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi hari sama.

Azharuddin berkata, hasil siasatan pasukan penyiasatan antarabangsa, yang ditubuhkan pada April 2014, tidak terletak di bawah bidang kuasa DCA tetapi di bawah badan Penyiasatan Kemalangan untuk mengeluarkan laporan. 

"Penyiasat yang Bertanggungjawab bagi Pasukan Penyiasatan Antarabangsa ialah Datuk Kok Soo Chon, beliau adalah ketua pengarah DCA sebelum saya dan juga bekas wakil tetap ke Majlis ICAO di Montreal," katanya.

Ketika ditanya tentang perkembangan siasatan, Azharuddin berkata beliau tidak boleh mendedahkan apa-apa maklumat kerana beliau tidak terlibat dalam penyiasatan.

Beliau berkata, pasukan antarabangsa terdiri daripada Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat, Cawangan Siasatan Kemalangan Udara Britain, Jabatan Siasatan Kemalangan Pesawat China, Biro Siasatan Kemalangan Pengangkutan Darat Perancis, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, pengeluar pesawat iaitu Boeing dan syarikat komunikasi Britain Inmarsat.

Tags / Kata Kunci: DCA , MH370 , Azharuddin Abdul Rahman

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan