KLCC Lokasi Penamat #KitaLawan

Diterbitkan: Sabtu, 7 Mac 2015 7:37 PM

Peserta perhimpunan berarak dari Sogo ke KLCC sebelum bersurai.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hujan lebat semasa berlangsungnya perhimpunan untuk menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjarakan tidak mematahkan semangat ribuan peserta untuk terus berarak ke KLCC dari Sogo.

Semasa di bangunan Sogo, pemimpin pembangkang dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berucap kepada orang ramai yang berkumpul sambil memaklumkan bahawa Perlembagaan Persekutuan membenarkan perhimpunan.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, penyertaan ramai dalam perhimpunan itu bersifat patriotik dan mengikut Perlembagaan.

Bagaimanapun, beliau masih tidak berpuas hati dengan bilangan yang hadir pada perhimpunan kali ini.

Sementara itu, anak Anwar yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah berkata, peserta perhimpunan itu boleh dianggap sebagai pejuang sejati.

"Kita adalah suara majoriti Malaysia. Kita mahukan kepimpinan yang bersih," katanya.

Pemimpin lain yang turut menyertai perhimpunan itu adalah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Ser Dr Wan Azizah Wan Ismail dan bekas Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenivasan.

Kira-kira pukul 4.20 petang Sabtu, penganjur mengumumkan semua yang berhimpun di Sogo akan berarak ke KLCC dan ia berlaku sebaik hujan turun.

Susulan itu, peserta perhimpunan itu mula bergerak ke Jalan Sultan Ismail sekali gus menyebabkan berlaku kesesakan di laluan itu.

Pada masa sama, anggota polis trafik kelihatan menjalankan tugas bagi mengawal keadaan di situ dan Jalan Ampang yang turut dilalui peserta perhimpunan itu.

Perhimpunan itu berakhir di KLCC pada kira-kira 6.10 petang.
Tags / Kata Kunci: #KitaLawan , KLCC , Tian Chua , Nurul Izzah , PKR

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan