MAS Pasang Sistem Penjejakan Pesawat - Liow

Diterbitkan: Jumaat, 6 Mac 2015 4:45 PM

Tiong Lai pada sidang media sempena ulang tahun pertama MH370 di pejabatnya, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Syarikat penerbangan kebangsaan Penerbangan Malaysia  (MAS) telah memperkenalkan sistem muat turun data penerbangan setiap 15 minit bagi penjejakan pesawatnya mengikut masa nyata.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, beliau telah mengarahkan MAS memasang sistem penjejakan pesawat itu sebagai langkah meningkatkan keselamatan pesawat, susulan Malaysia merupakan penyokong kuat bagi penggunaan sistem penjejakan masa nyata itu susulan insiden pesawat MAS Penerbangan MH370 hilang setahun lepas.

"(Muat turun data) setiap 15 minit, amat hampir dengan masa nyata. Bagi pesawat dan industri penerbangan, muat turun isyarat dan pemprosesan data setiap 15 minit adalah amat penting," katanya pada taklimat media di sini hari ini bersempena genap setahun insiden MH370 hilang.

Penerbangan MH370, membawa 12 anak kapal dan 227 penumpang hilang daripada imbasan radar semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing selepas kira-kira sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 8 Mac tahun lepas. Pesawat itu dijadual tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Liow berkata, Malaysia ketika ini bekerjasama dengan Australia bagi penggunaan sistem penjejakan pesawat itu dan menyambut baik usaha Australia untuk menambah baik sistem itu.

Malaysia, katanya telah mencadangkan kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dalam mesyuarat majlis pertubuhan itu di Montreal, Kanada pada Oktober lepas supaya mengkaji pemasangan sistem penjejakan penerbangan  masa nyata pada semua pesawat komersial antarabangsa.

"ICAO mengambil perhatian serius cadangan itu dan telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk menganalisis cadangan itu dan akan mengumumkan keputusan mereka menjelang 31 Ogos.

"Terdapat syarat tertentu bagi penggunaan sistem penjejakan masa nyata ini," kata Liow.

Tags / Kata Kunci: MAS , Liow Tiong Lai , pesawat , MH370

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan