Najib Pengerusi Mesyuarat Pertama Majlis Eksport Negara

Diterbitkan: Jumaat, 6 Mac 2015 7:34 PM

Najib mempengerusikan Mesyuarat Eksport Negara di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra, di Putrajaya, Jumaat. Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Douglas Uggah Embas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad, Tan Sri Azman Mokhtar.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Eksport Negara (NEC) yang menyasarkan untuk menjadi pemangkin bagi menggerakkan eksport Malaysia.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat itu, NEC bermatlamat untuk meningkatkan eksport menerusi kemudahan yang lebih baik, termasuk meningkatkan proses, prosedur, kawal aturan dan dokumentasi untuk eksport, infrastruktur, syarat pensijilan dan logistik.

"Kerajaan menyediakan pelan tindakan yang menyeluruh bagi meningkatkan eksport negara ketika pasaran global berhadapan cabaran," kata kenyataan itu.

Ia berkata, pelan tindakan itu yang dibangunkan oleh NEC meliputi inisiatif yang akan menangani jurang dalam ekosistem eksport, meluaskan akses pasaran untuk pengeksport menerusi penghubung pasaran, pakar industri dan program promosi khusus.

Tindakan strategik ini akan dijajarkan dengan sektor sasaran lain dalam Rancangan Malaysia ke-11 dan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

Antara yang menghadiri mesyuarat itu ialah Ketua setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd Tan Sri Azman Mokhtar.

 NEC ditubuhkan akhir tahun lepas bagi memberi tumpuan ke atas tiga aspek utama - rangkaian eksport, logistik dan pengeluaran.

Tags / Kata Kunci: Majlis Eksport Negara , Najib Razak

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan