Lima '15: Peningkatan Penglibatan Komersial Perkukuh Industri

Diterbitkan: Jumaat, 6 Mac 2015 2:40 PM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Penglibatan lebih banyak pemain sektor komersial pada Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2015 (LIMA'15) mampu meningkatkan lagi kedudukan industri pertahanan sebagai aspek penting ekonomi negara, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata penglibatan secara langsung buat kali pertamanya Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Kementerian Pengangkutan pada LIMA kali ini telah menarik lebih ramai pemain sektor komersial.

"Ini merupakan pendekatan yang wajar dalam (penganjuran) LIMA akan datang (untuk mengimbangi) nisbah di antara aset-aset ketenteraan dan aset-aset komersial dan juga melihat kepada industri pertahanan itu sebagai satu pemangkin kepada pengukuhan ekonomi kita pada masa masa akan datang," katanya.

Hishammuddin berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kedua Jawatankuasa Penyelarasan LIMA'15 Peringkat Menteri di sini, hari ini.

Menurutnya LIMA'15 telah direncanakan untuk diisi dengan beberapa program baharu yang boleh menjadi model kepada penganjurannya pada tahun-tahun mendatang.

Hishammuddin berkata LIMA'15 yang akan menumpukan pada penglibatan ASEAN akan memberi peluang kepada Malaysia selaku pengerusi ASEAN untuk membuktikan keunikan dan kelebihan dimilikinya.

Katanya selain menteri-menteri daripada kalangan negara ASEAN, sejumlah 150 orang belia daripada rantau ini juga akan menghadiri LIMA kali ini.

"Ini satu peluang yang terbaik bukan sahaja untuk memastikan dari segi industri maritim dan aeroangkasa ini dapat dipromosikan, ia juga dapat memposisikan kita (Malaysia) dan kelebihan yang ada pada kita ini kepada dunia," katanya.

Hishammuddin berkata setakat ini sebanyak 512 syarikat maritim dan aeroangkasa dari 36 buah negara telah mengesahkan penyertaan dalam pameran kali ini yang akan berlangsung dari 17 hingga 21 Mac ini.

Menurutnya ia merupakan penyertaan terbesar dalam sejarah penganjuran LIMA dan jauh mengatasi jumlah penyertaan dalam LIMA 2013 iaitu 433 buah syarikat.

Tags / Kata Kunci: Lima , Pertahanan

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan