Pota Mampu Sekat Ancaman Militan IS - Hishammuddin

Diterbitkan: Jumaat, 6 Mac 2015 4:14 PM

Hishammuddin (kanan) menjawab pertanyaan media pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Kedua Jawatankuasa Penyelarasan Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2015 (LIMA'15) Peringkat Menteri di Langkawi pada Jumaat. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyatakan sokongannya terhadap Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (Pota) yang dijadual dibentangkan bulan ini kerana ia mampu menyekat ancaman keganasan termasuk kumpulan militan Negara Islam (IS).

"Ia fenomena global. Sekiranya terdapat apa-apa langkah yang memerlukan undang-undang, yang mungkin tidak mencukupi buat masa ini, yang akan diwujudkan, ini adalah masa terbaik untuk melakukannya.

"Sepanjang pengetahuan Kementerian Pertahanan, kami amat konsisten dengan pendirian berhubung ancaman IS.

"Ia benar, ia bukan sesuatu yang dibuat-buat, ia tiada kaitan dengan politik," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat mengenai persediaan penganjuran Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) yang akan datang di sini, Jumaat.

Di bawah Pota, pihak berkuasa mempunyai kuasa untuk menahan suspek pengganas  selama dua tahun dan tempoh penahanan itu boleh dilanjutkan selama dua tahun lagi bergantung kepada jenis kes.


Tags / Kata Kunci: Hishammuddin Hussein , Pota

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan