PKR Ancam Heret KP Penjara Ke Mahkamah

Diterbitkan: Khamis, 5 Mac 2015 1:17 PM

Johari Abdul.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengheret Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar ke mahkamah kerana didakwa menafikan hak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ahli Parlimen yang sah seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan.  

Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengambil tanggungjawab mengetepikan keputusan yang dibuat oleh Ketua Pengarah Penjara yang didakwa bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. 

Beliau menyifatkan tindakan Zulkifli itu sebagai 'luar biasa' dan tidak masuk akal', kerana Anwar telah dibenarkan menghadiri perbicaraan di Mahkamah Tinggi sebagai saksi pada 17 Febuari lalu namun, beliau tidak benarkan Anwar sebagai Ahli Parlime hadir ke sidang Dewan Rakyat.

"Mengikut Fasal 48 (4) (c), sehingga kini Anwar masih Ketua Pembangkang kerana petisyen yang difailkan oleh keluarga beliau kepada Yang Dipertuan Agong masih belum dibereskan, dan ianya diakui oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

"Peranan paling utama setiap Ahli Parlimen ialah menghadiri sidang Parlimen dan kesalahan jenayah tidak boleh dijadikan alasan untuk menghalang seorang wakil rakyat hadir Dewan Rakyat," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR, pada Khamis. 

Mengulas lanjut, Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani berkata beliau akan berbincang dengan pemimpin Pakatan Rakyat untuk mengheret Zulkifli ke mahkamah kerana menghalang seorang ahli Parlimen hadir ke sidang Dewan Rakyat.

"Saya juga akan bincang dengan peguam Anwar untuk tindakan selanjutnya. Kita juga akan mengajak rakyat turut sama dengan kita dalam isu memperjuangkan hak Anwar sebagai Ahli Parlimen yang sah sepertimana yang termktub dalam Perlembagaan Persekutuan. 

"Saya juga telah menghantar surat untuk mengadakan pertemuan dengan Speaker. Namun hingga kini masih belum ada maklum balas daripada pihak Speaker," katanya. 

Sementara itu, Ahli Parlimen Kapar, G. Manivannan berkata Zahid sepatutnya bertanggungjawab membuat keputusan dalam membenarkan Anwar menghadiri sesi Parlimen kerana peguam Anwar telah menghantar surat tersebut kepada beliau dan bukannya Ketua Pengarah Penjara. 

Pada Rabu, Jabatan Penjara telah menghantar surat kepada Dewan Rakyat dan juga peguam Anwar, N Surendran dan Latheefa Koya menolak permohonan Ahli Permatang Pauh itu menghadiri sidang Dewan Rakyat yang akan bermula 9 Mac ini.

Salinan surat tersebut turut diserahkan kepada Pandikar. 

Keluarga Anwar telah memfailkan petisyen pengampunan diraja pada 24 Februari lalu selepas Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun kerana didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.




iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan