Paras Air Di Tujuh Empangan Selangor Terkawal

Diterbitkan: Khamis, 5 Mac 2015 7:41 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Paras air di tujuh empangan di seluruh Selangor terkawal dan mencukupi bagi memenuhi keperluan semasa rakyat negeri ini, kata Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata setakat hari ini kedudukan paras air di empangan negeri berada di bawah paras kritikal dan keadaan pembekalan air di negeri ini dalam keadaan terkawal.

Paras air di empangan Tasik Subang mencatatkan jumlah takungan tertinggi iaitu 97.51 peratus diikuti Semenyih (94.70 peratus), katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara lima empangan, iaitu Sungai Langat (94.64 peratus), Batu (89.07 peratus), Klang Gates (86.79 peratus), Sungai Selangor (75.05) dan Sungai Tinggi (69.62 peratus), katanya.

"Paras ini menunjukkan paras yang lebih tinggi berbanding tempoh masa yang sama pada tahun lepas...contohnya pada 4 Mac 2014, paras empangan Sungai Selangor mencatatkan bacaan pada 44.84 peratus berbanding pada hari ini iaitu sebanyak 75.05 peratus.

"Kita juga mendapati bahawa penggunaan air per kapita bagi rakyat negeri ini tinggi iaitu pada kadar 235 liter sehari dan saya mengingatkan pengguna supaya mengurangkan penggunaan air bagi menjaga kelangsungan bekalan air ini," katanya.

Tags / Kata Kunci: Azmin Ali , Air Selangor , Empangan

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan