Kemelut MIC Berlarutan Kerana Ingkar Arahan RoS

Diterbitkan: Khamis, 5 Mac 2015 4:36 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kemelut dalaman MIC sepatutnya dapat diselesaikan pada Khamis sekiranya Presidennya Datuk Seri G.Palanivel patuh pada arahan yang dikeluarkan Pendaftar Pertubuhan (RoS) pada 5 Disember lalu.

Bagaimanapun kemelut itu semakin meruncing apabila Palanivel meminta RoS menarik balik semua suratnya kerana mendakwa ia bercanggah dengan akta pertubuhan dan perlembagaan parti serta mengancam akan mengambil tindakan undang-undang jika ROS tidak berbuat demikian pada 14 Februari lalu.

Tidak cukup dengan itu, pada 23 Februari lalu, Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat MIC K. Ramalingam mengemukakan permohonan semakan kehakiman terhadap tindakan dan kenyataan yang dibuat oleh RoS dan Ketua Pengarahnya, Mohammad Razin Abdullah.

Susulan itu, Timbalannya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam menegaskan pemilihan semula bagi semua jawatan tertinggi di dalam parti akan diteruskan bagi menggelakkan parti itu dibatalkan pendaftarannya selepas tempoh yang diberikan RoS untuk menyelesaikan kemelut dalaman itu berakhir pada Khamis.

"Sepatutnya kemelut itu telah selesai sepenuhnya pada hari ini (selepas 90 hari berlalu)  tapi ia masih gagal dilakukan... terlalu banyak kekeliruan. Saya mahu ia diselesaikan secepat mungkin.

"Ini merupakan satu cerita sedih... kita terlepas banyak peluang (untuk menyelesaikan kemelut ini). Pada masa sama, semakin banyak aduan kepada RoS," katanya pada taklimat media bagi menjelaskan situasi kemelut parti itu yang semakin meruncing di sini, Khamis.

Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan berkata, jawatankuasa pemilihan bebas bagi mengendalikan pemilihan semula itu akan dilantik oleh anggota CWC 2009.

"CWC 2009 akan melantik satu jawatankuasa untuk mengendalikan pemilihan semula tersebut.  Kita akan ikut arahan RoS untuk adakan pemilihan semula bagi semua jawatan di dalam parti," katanya.

Pada 9 Februari lepas, Ahmad Zahid berkata parti komponen BN itu perlu mengadakan pemilihan semula untuk semua jawatan yang dipilih antara April dan Julai tahun ini bagi mengelak daripada dibatalkan pendaftarannya.

Pemilihan peringkat cawangan MIC akan diadakan pada April ini manakala pemilihan Presiden MIC diadakan pada Mei.

Pemilihan peringkat Bahagian MIC pula akan diadakan pada Jun manakala pemilihan sayap Wanita, Pemuda, Putera dan Puteri MIC diadakan dalam tempoh dari April hingga Jun 2015.

Pada masa sama, Subramaniam memberitahu kes permohonan semakan kehakiman bagi membatalkan arahan RoS akan tetap berjalan di mahkamah walaupun pemilihan semula bagi semua peringkat jawatan diteruskan.

"Kes mahkamah akan tetap diteruskan. Situasi menjadi semakin sukar pada hari ini. Ia mungkin lebih senang sebelum ini untuk mereka selesaikan kemelut ini," katanya.

Sementara itu, beliau turut menemplak Palanivel kerana didakwa cuba mengelirukan ahli parti mengenai pendiriannya berhubung isu berkenaan.

"Tindakannya jelas menimbulkan kekeliruan kerana semasa berjumpa perdana menteri beliau setuju ikut arahan RoS," katanya.

Namun Subramaniam berkata,  pada masa sama Palanivel menghantar surat kepada RoS untuk menarik balik arahan tersebut.

"Kita tidak tahu mana satu pendirian beliau untuk menyelesaikan kemelut ini. Ia mengelirukan," katanya.

Subramaniam berkata, tindakan Palanivel yang mengemukakan saman terhadap ROS dibuat atas dasar peribadi dan bukannya mewakili parti.

Kemelut MIC bertambah hangat berikutan perbezaan pendapat antara dua pemimpin utama parti itu setelah RoS mengeluarkan satu notis pada 5 Disember lepas mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula bagi tiga jawatan Naib Presiden dan 23 jawatan anggota CWC.
    
ROS telah membatalkan semua pemilihan parti yang diadakan pada November 2013 berikutan aduan berlaku penyelewengan.
   
Pada 18 Februari, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak, timbalan pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menemui Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dan timbalannya Datuk Seri Dr S. Subramaniam bagi menyelesaikan krisis parti.
   
Menurut Tengku Adnan, pada mesyuarat itu telah dipersetujui bahawa MIC akan mengadakan pemilihan semula parti dan ia akan menggunakan senarai CWC 2009 bagi tujuan mengadakan pemilihan semula parti seperti yang diarahkan oleh RoS.

Tags / Kata Kunci: MIC , RoS

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan