Dr Dzulkefly Tolak Spekulasi, Serah Polis Siasat Insiden Diserang

Diterbitkan: Khamis, 5 Mac 2015 2:19 PM

Dr Dzulkefly Ahmad.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad menyerahkan kepakaran pihak polis untuk melakukan siasatan dan menolak sebarang spekulasi berhubung insiden beliau diserang pada pagi Khamis.

Beliau menegaskan tidak mahu menyokong sebarang andaian atau teori yang mengaitkan serangan itu dengan kewujudan pihak yang berasa tercabar atau kurang senang dengan kenyataannya sebelum ini.

"Saya tak boleh nak kata apa-apa pasal sebarang spekulasi. Yang secara jelas politik saya adalah melawan Barisan Nasional.

"Kalau ada pihak yang mengandaikan ada yang tercabar dengan kenyataan saya, itu saya tidak mahu buat sebarang spekulasi.

"Saya tidak mahu buat apa-apa tuduhan atau andaian. Saya juga tidak mahu menyokong mana-mana teori yang hendak dikaitkan dengan apa yang telah berlaku. Saya mahukan pihak polis untuk melakukan siasatan yang lebih teliti," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.

Pada pagi Khamis, Dr Dzulkefly diserang oleh individu yang tidak dikenali dengan mukanya ditumbuk selepas beliau pulang menunaikan solat Subuh.

Timbul spekulasi serangan itu berpunca daripada kenyataan beliau pada Isnin lalu mengenai krisis dalaman PAS berkaitan dengan hubungan kerjasama antara ulama dan profesional di dalam parti itu.

Menurut kenyataan itu, katanya: "sementara kami menumpu membuat serangan ke atas seteru politik dengan mendedahkan pelbagai kebejatan dan keburukan tadbir urus kewangan dan ekonomi negara, ada pula ustaz-ustaz haraki yang giat 'menyerang' kami dan nak menjatuhkan kami.

"Telah kami katakan cukuplah...tapi nampaknya jadi macam budak. Lagi ditegah lagi menjadi-jadi. Kerja-kerja ini hanya memberi peluru kepada seteru dan lawan politik kita," katanya.

Dalam pada itu, Dr Zulkefly yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS memberitahu, satu laporan polis telah dibuat berhubung insiden yang berlaku pada pagi Khamis.

Malahan katanya, keadaan beliau juga stabil tanpa kecederaan serius.

"Alhamdulillah, tiada apa-apa yang parah. Saya pun dah buat X-Ray (Sinar-X) di kepala, tak ada apa-apa yang serius, hanya bengkak sahaja. Terima kasih kepada semua yang memberi perhatian kepada saya,” katanya.

Tags / Kata Kunci: Dr Dzulkefly Ahmad

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan