Dr Dzulkefly Ahmad Diserang Selepas Solat Subuh

Diterbitkan: Khamis, 5 Mac 2015 10:22 AM

Dr Dzulkefly Ahmad.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad didakwa diserang selepas menunaikan solat Subuh pada pagi Khamis.

Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat menerusi kenyataan di akaun Facebooknya pada pagi Khamis berkata, Dr Dzulkefli ditumbuk di muka dan dahi oleh seorang individu yang tidak dikenali selepas pulang dari menunaikan solat Subuh.

"Dr Dzulkifly Ahmad AJK PAS Pusat ditumbuk dan dipukul muka dan dahinya oleh orang yang tidak dikenali selepas beliau balik daripada solat subuh pagi ini. Selepas menumbuk, penjenayah ini berkata "kenapa kurang ajar sangat?"," katanya dalam kenyataan itu.

Menurut Suhaizan, Pemuda PAS amat berdukacita mengenai kejadian yang berlaku.

Pada masa sama, dakwanya, beliau tidak menolak kemungkinan terdapat pihak tertentu yang mengambil kesempatan membuat provokasi terhadap pimpinan PAS.

"Saya tidak menolak kemungkinan ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan membuat provokasi terhadap pimpinan PAS. Matlamat jahat mereka adalah memecah-belahkan PAS. Moga Allah membalas kejahatan mereka," katanya lagi.

Sementara itu, pengurus peribadi kepada Dr Zulkefly, B. Sivabalan mengesahkan kejadian yang menimpa AJK PAS Pusat pada pagi Khamis.

Menurutnya, Dr Zulkefly sudah membuat laporan polis berhubung insiden.

"Saya mengesahkan Dr Zulkefly ditumbuk pagi tadi. Beliau ketika ini sedang memberi keterangan kepada pihak polis di rumahnya berhubung kejadian yang berlaku," katanya.


Tags / Kata Kunci: Dr Dzulkefly Ahmad , Suhaizan Kayat , PAS

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan