Ustaz Kazim Ditolak Jadi Panel Forum Kerana Riwayat Hadis Palsu - Dr Asri

Diterbitkan: Khamis, 5 Mac 2015 2:00 PM

Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjelaskan pembatalan penceramah popular,  Datuk Kazim Elias sebagai panel dalam Forum Perdana yang akan diadakan sempena Hari Keputeraan Raja Perlis ke-72 adalah disebabkan beliau sering dilihat menggunakan riwayat palsu dalam ceramahnya. 

Bagaimanapun, Dr Asri yang baharu dilantik semula sebagai Mufti Perlis, awal Februari lalu, berkata Kazim tidak pernah dihalang daripada berceramah di Perlis.


"Surat tersebut menyatakan Jabatan Mufti tidak bersetuju pemilihan panel tertentu atas alasan riwayat palsu yang pernah disebarkan. Ini selaras dengan kehendak keilmuan dan masyarakat sendiri untuk memastikan kesahihan sesuatu riwayat. 

"Surat itu tidak menyebut penceramah berkenaan dihalang berceramah di Perlis tetapi menyatakan tidak bersetuju dengan cadangan agar Ustaz Kazim menjadi panel dalam forum berkenaan," katanya dalam satu kenyataan ringkas di akaun Facebook miliknya. 

Beliau turut mengecam tindakan pihak tidak bertanggungjawab memuat naik surat berkenaan di laman sosial. 

"Ia adalah surat dalaman  Jabatan Mufti Perlis yang merupakan Jawatankuasa Penganjur. Maka penyebarannya tidak sepatutnya berlaku. 


"Oleh kerana surat itu telah tersebar dan ramai yang bertanya bukti, maka di sini disertakan satu salinan muka surat buku pihak berkenaan," katanya. 

Sementara itu, memetik laporan Utusan Malaysia, Kazim dilaporkan menyifatkan keputusan Jabatan Mufti Perlis yang tidak bersetuju pemilihannya sebagai ahli panel forum di negeri itu sebagai 'tindakan gopoh' dan memalukan.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Kazim dipetik sebagai berkata dakwaan itu tidak sewajarnya dilakukan kerana Dr Asri tidak memberikan kepada beliau untuk memberikan sebarang penjelasan. 

Kazim turut menjelaskan kenyataan berkaitan hadis "roti jala dicelup kuah kari" dan “kurma celup tepung” yang disampaikannya sebelum ini hanyalah satu perbandingan.

Menurut Kazim, perbandingan itu dibuat kerana di Malaysia, roti jala dicicah dengan kuah kari masih boleh dijadikan hidangan pada majlis kenduri.

Sehubungan itu, Kazim melahirkan rasa kesal apabila surat daripada Jabatan Mufti Perlis menyebut beliau sering terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat palsu.

Katanya, ia seolah-olah menggambarkan beliau sering terlibat dengan penyebaran hadis yang salah.

"Jika benar dakwaan itu, saya mahu tahu di mana dan bila saya membacakan hadis-hadis palsu yang didakwa.

"Jika benar, saya sedia memberikan penjelasan,” katanya lagi seperti dilapor akhbar itu.


iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan