Usaha Keras Guru Pacu Kejayaan Pelajar Cemerlang SPM

Diterbitkan: Rabu, 4 Mac 2015 7:00 AM

Celeste bersama bapanya, Chew Ae How ketika mengambil keputusan SPM di SMK Seri Hartamas pada Selasa. - foto IBRAHIM MOHTAR/The Star

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari SMK Seri Hartamas memberi pujian kepada jasa guru yang bertungkus lumus membantu mereka dalam mencapai keputusan cemerlang.

Celeste Chew Sze Ting, 18, berkata guru-guru mengadakan kelas tambahan selepas tamat waktu persekolahan dan pada hujung minggu untuk semua pelajar.

"Guru-guru akan membantu pelajar yang memerlukannya. Saya dapati ia adalah dedikasi sebenar kerana mereka datang ke sekolah pada hujung minggu hanya untuk kami," kata Celeste yang mendapat 9A+.

Pendapat itu turut disokong seorang lagi pelajar Chen Sharon, 18, yang turut mendapat keputusan 9A+ yang mengatakan kelas tambahan tersebut memberi kelebihan kepadanya untuk memperbaiki setiap kelemahan diri.

Cedric Lee Yitzhen, 18, turut bersyukur kerana guru-gurunya menyediakan tips dan cara untuk menjawab soalan peperiksaan.

Ini, katanya, menunjukkan kepayahan yang perlu mereka (guru) harungi sebelum menyampaikan ilmu kepada para pelajar.

Cedric mendapat 8A+, 1A dan 1A-.

Anishka Saigal, 18, yang berjaya mendapat 4A+ dan 6A berkata guru-guru mengadakan kelas tambahan untuk semua pelajar mereka.

"Walaupun anda lemah tetapi mahu mengulangi topik tertentu, anda boleh hadir ke kelas tambahan itu," katanya.

Ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof bahawa prestasi pelajar SPM pada tahun 2014 sedikit merosot berbanding tahun lalu, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE) , Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata penurunan tersebut tidak sepatutnya dilihat secara negatif.

"Perlahan-lahan kami menanda aras markah kepada beberapa jenis standard. Kita tidak boleh terlalu bermurah hati dengan markah dan memberi tanggapan salah kepada pelajar (mengenai kebolehan akademik mereka)," katanya.

Tags / Kata Kunci: SPM

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan