Pemerintah Tentera Darat Brunei Dianugerah Beret Merun

Diterbitkan: Rabu, 4 Mac 2015 2:53 PM

Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei, Brigedier General Pengiran Datuk Paduka Aminan Pengiran Mahmud (kiri) beramah mesra bersama Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Dr. Zulkefeli Mohd Zain (kanan) selepas membuat pemeriksaan perbarisan kawalan kehormat dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu sebelum menerima anugerah Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat di Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur pada Rabu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) Brigadier Jen Pengiran Datuk Paduka Aminan Pengiran Mahmud hari ini dianugerahkan Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat 10 Briged Paratrooper oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Penganugerahan itu disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat Malaysia Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor di dataran Kementerian Pertahanan Malaysia, disaksikan para pegawai Tentera Darat Malaysia, menurut kenyataan Kementerian Pertahanan di sini.

Penganugerahan beret dan sayap yang menjadi kebanggaan 10 Briged Para itu adalah penghormatan dan pengiktirafan briged berkenaan kepada individu, pemimpin tertinggi tentera atau kerajaan sama ada di dalam atau luar negara.

Aminan kini dalam rangka lawatan rasmi ke negara ini untuk mengukuhkan hubungan kerjasama ketenteraan yang sedia terjalin antara TDDB dan Tentera Darat Malaysia serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sempena kunjungannya ke Kementerian Pertahanan hari ini, Aminan turut membuat kunjungan hormat ke atas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain.

Tags / Kata Kunci: Brunei , Tentera

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan