Pelan Tindakan Perlindungan Kanak-Kanak Dalam Dunia Siber Dilaksana Segera

Diterbitkan: Rabu, 4 Mac 2015 12:09 AM

Yang Dipertua Bakti, Datin Seri Rosmah Mansor beramah mesra bersama ahli Bakti semasa hadir pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agong Bakti ke-38 di Bangunan Bakti Siti Hasmah, Kuala Lumpur pada Selasa. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelan Tindakan Perlindungan Kanak-Kanak Dalam Dunia Siber akan dilaksanakan secepat mungkin bagi menghadapi ancaman siber terhadap kanak-kanak.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata pelan tersebut telah mendapat kelulusan Kabinet pada 11 Februari lepas.

"Pelan ini mencadangkan langkah-langkah perlindungan yang menumpukan kepada tindakan advokasi, pencegahan dan intervensi serta khidmat sokongan," katanya ketika merasmikan mesyuarat agung Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) ke-38 di Bangunan Bakti Siti Hasmah, di sini Selasa.

Mesyuarat tersebut dihadiri isteri Perdana Menteri yang juga Yang Dipertua Bakti Datin Seri Rosmah Mansor dan isteri Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Yang DiPertua Bakti Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

Rohani berkata pelan itu dapat dijadikan panduan kepada ibu bapa atau penjaga untuk melindungi anak-anak daripada menjadi mangsa ancaman dunia siber, misalnya seperti dilaporkan media baru-baru ini, yang mendakwa terdapat golongan belia dan kanak-kanak disyaki ingin menyertai kumpulan militan IS akibat terpengaruh dengan fahaman perjuangan kumpulan berkenaan yang disebarkan melalui Facebook.

Pelan itu akan turut dipanjangkan pada persidangan 'Regional Conference On Child Online Protection' (Persidangan Serantau Mengenai Perlindungan Kanak-Kanak  Secara Dalam Talian) yang dianjurkan oleh kementerian pada 24 dan 25 Mac ini, katanya.

Persidangan tersebut akan turut melibatkan kumpulan sasar seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan sahaja dari dalam negara malah dalam kalangan negara-negara ASEAN, katanya.

Justeru, beliau berkata ibu bapa perlu memainkan peranan penting untuk memantau aktiviti anak-anak dalam hal-hal penggunaan internet. 

Dalam pada itu, Rohani turut menyeru anggota Bakti untuk membantu kementerian mengingatkan ibu bapa mengenai perkara tersebut setiap kali mereka turun ke lapangan.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan