PAC Harap 1MDB Segera Diaudit

Diterbitkan: Rabu, 4 Mac 2015 11:45 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyambut baik arahan Kabinet untuk Jabatan Audit Negara mengaudit  syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata beliau gembira dengan perkembangan terbaru itu dan berharap jabatan itu dapat melakukan audit dengan segera terhadap syarikat milik Kementerian Kewangan itu.

Pengauditan terhadap 1MDB akan memudahkan tugas PAC ketika menjalankan prosiding terhadap syarikat itu apabila ia dipanggil berhadapan dengan jawatankuasa itu nanti, katanya dalam satu kenyataan malam ini.

"Saya berharap tiada campur tangan daripada mana-mana pihak untuk Jabatan Audit Negara melaksanakan audit terhadap 1MDB dan biar jabatan berkenaan menentukan skop pengauditannya namun ia harus termasuk lima perkara yang PAC mahu jabatan berkenaan tumpukan," katanya.

Katanya, lima perkara itu adalah sumber dana kewangan berjumlah RM2 bilion yang diperoleh 1MDB dalam menjelaskan pinjamannya terhadap beberapa bank tempatan, suntikan dana kewangan baru daripada Kementerian Kewangan (MoF) berjumlah RM3 bilion dan perjanjian pelaburan 1MDB dalam syarikat Petrosaudi.

Seterusnya, wang hasil pelaburan 1MDB di Pulau Cayman sama ada sudah dibawa balik ke Malaysia dan perubahan firma audit antarabangsa untuk meluluskan akaun 1MDB.

"Saya sudah menghantar surat kepada Tan Sri Ambrin Buang (Ketua Audit Negara) Jumaat lalu, dan kebenaran Kabinet pada hari ini, adalah tepat pada masanya.

"PAC kini mempunyai asas berdasarkan siasatan audit yang dilaksanakan jabatan itu sebuah badan benar-benar berkecuali serta tidak berkepentingan terhadap 1MDB dan ia membolehkan Laporan PAC berkenaan syarikat 1MDB lebih lengkap, telus dan berkredibiliti sebelum dibentangkan ke Dewan Rakyat," katanya.

Tags / Kata Kunci: 1MDB , PAC

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan