LRA Sungai Semenyih Kembali Beroperasi

Diterbitkan: Rabu, 4 Mac 2015 12:00 AM

Priscilla Alfred

Priscilla Alfred.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Loji Rawatan Air Sungai Semenyih yang dihentikan operasinya 5.15 petang tadi berikutan peningkatan parameter mangan dan ammonia di sungai itu dijangka kembali beroperasi pada malam Selasa.

Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Priscilla Alfred berkata, meskipun loji ini beroperasi pukul 11 malam Selasa, air akan memasuki sistem pengagihan Syabas pukul 12 tengah malam. 

"Kita jangkakan pemulihan sepenuhnya dalam masa tiga hari bermula tengah malam ini," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Zaidy Abdul Talib berkata buat masa ini kerja-kerja pengepaman air mentah dari Sungai Semenyih ke loji berkenaan sedang dijalankan. 

Antara kawasan yang dikenalpasti mengalami gangguan bekalan air dan tekanan air rendah adalah 39 kawasan di Petaling melibatkan sebanyak 135,000 pintu rumah, 72 kawasan di Kuala Langat melibatkan 45,029 pintu rumah, 216 kawasan di Hulu Langat melibatkan (146,954 pintu rumah) dan 61 kawasan di Sepang (148,236 pintu rumah).
Tags / Kata Kunci: LRA Semenyih , Syabas

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan