Rawatan Kuku, Rambut & Muka Dikenakan GST

Diterbitkan: Rabu, 4 Mac 2015 10:35 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Harga bagi khidmat kecantikan seperti rawatan kuku tangan, rambut dan muka akan dikenakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus apabila ia dikuatkuasakan pada 1 April depan.

Bagaimanapun, Pengarah GST Jabatan Kastam, Datuk Subromaniam Tholasy berkata, perbezaan harga selepas cukai yang dikenakan tidak terlalu besar.

"Ia akan melibatkan sedikit peningkatan dalam harga bagi khidmat kecantikan. Tetapi ia bukan isu yang besar kerana pengusaha-pengusaha berdaftar untuk melaksanakan GST dapat mengurangkan kos mereka dengan membuat tuntutan dalam input kredit cukai mereka," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Subromaniam berkata, contoh input kredit cukai yang boleh dituntut oleh pengusaha pusat kecantikan adalah bayaran sewa untuk premis, kos elektrik dan kelengkapan yang dibeli untuk menjalankan perkhidmatan mereka.

"Perniagaan-perniagaan yang tidak berdaftar untuk pelaksanaan GST tidak boleh membuat tuntutan seperti kos input berkenaan," katanya.

Input cukai itu merujuk kepada GST yang dibayar oleh perniagaan-perniagaan terhadap pembelian barangan dan perkhidmatan yang digunakan untuk menjalankan perniagaan mereka. 

Subromaniam berkata, terdapat "sebilangan" pusat kecantikan yang mendaftar dengan Jabatan Kastam.

"Perkhidmatan mengurut turut dikenakan GST sekiranya pendapatan tahunan untuk perniagaan itu adalah RM500,000 dan ke atas," katanya.

Setakat 28 Februari, sejumlah 345,376 perniagaan didaftarkan untuk GST, melebihi sasaran awal kerajaan iaitu 300,000 perniagaan.

Dilaporkan bahawa selain perkhidmatan kecantikan, kosmetik dan produk-produk lain untuk penjagaan kulit, rambut dan badan turut dikenakan GST.

Pengecualian hanya dikenakan terhadap produk-produk kecantikan yang dijual di lapangan terbang sebagai barangan bebas cukai.


Tags / Kata Kunci: GST , Subromaniam Tholas

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan