Kawalan Dalaman Pelengkap Penghapusan Transaksi Tunai - SPRM

Diterbitkan: Rabu, 4 Mac 2015 7:30 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sistem kawalan dalaman perlu menjadi pelengkap kepada hasrat agensi atau jabatan kerajaan untuk menghapuskan transaksi wang tunai dalam usaha bagi memperkasakan integriti.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mustafar Ali berkata, usaha untuk memastikan sistem kerja yang tidak membuka ruang dan peluang kepada perlakuan jenayah rasuah dan salah guna kuasa adalah dialu-alukan.

Namun katanya, apa yang lebih penting adalah mewujudkan sistem kawalan dalaman yang mantap bagi memastikan setiap penambahbaikan ke arah memperkukuhkan integriti itu dapat dilaksanakan secara jelas, cekap dan telus.

"Jika mahu memperkenalkan pembayaran secara dalam talian bagi menghapuskan transaksi wang tunai di kaunter, setiap prosedur, perancangan dan sistem itu perlu diteliti dan dipantau agar matlamat pelaksanaannya dapat dicapai.

"Setiap dasar yang dibawa ketua jabatan atau pengurusan tertinggi adalah ketetapan penting untuk diberi penekanan, bukan sahaja kepada pegawai dalaman tetapi juga pelanggan kepada jabatan yang berkaitan terhadap aspek integriti," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Muka depan akhbar The Star pada Sabtu lalu melaporkan mengenai hasrat Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk menghapuskan transaksi wang tunai yang sebelum ini secara tidak langsung boleh mempengaruhi masalah integriti pegawainya.

Mustafar berkata, setiap butiran atau kaedah yang menggunakan sistem baharu masih perlu diselia dan dipantau melalui audit dalaman memandangkan urusan masih berasaskan kewangan.

Selain itu katanya, pegawai jabatan perlu dilengkapkan dengan amalan integriti, manakala masyarakat sebagai pelanggan seharusnya menolak persepsi bahawa perkhidmatan awam mengambil kesempatan, sebaliknya mengamalkan konsep cekap dan amanah.

"Komitmen ini mesti bersepadu antara pegawai awam dan orang ramai," katanya.

Selain itu, Mustafar berkata, kawalan dalaman secara kendiri perlu diwujudkan dan ia bukan sahaja ditekankan oleh pemantau tetapi membabitkan kawalan diri di kalangan pegawai.

"Pengambilan pegawai berintegriti dan penerapan nilai-nilai murni itu perlu dilakukan sepanjang masa," katanya.

Dalam pada itu, Mustafar berkata, Jabatan Imigresen merupakan salah satu contoh organisasi yang menempatkan ketua pegawai integriti (CIO) SPRM yang berintegriti dan bertauliah bagi merancang, melaksana dan memantau keberkesanan program integriti jabatan.

Bagaimanapun katanya, penempatan CIO sahaja tidak memadai berbanding ribuan pegawai di setiap jabatan kerana sokongan kakitangan semua peringkat lebih utama.

"Sokongan dan kerjasama ini adalah aspek penting bagi memastikan pelaksanaan dan pemantauan mengenai isu integriti lebih berkesan walaupun pelbagai sistem baharu atau penambahbaikan diperkenalkan," katanya.


Tags / Kata Kunci: SPRM , Mustafar Ali , integriti , imigresen

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan