Ibu Bapa Cuai Boleh Dikenakan Tindakan Undang-Undang

Diterbitkan: Rabu, 4 Mac 2015 10:16 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ramai yang masih tidak menyedari bahawa ibu bapa atau penjaga yang cuai dalam menjaga anak-anak mereka sehingga menyebabkan kanak-kanak itu hilang, kemalangan atau kehilangan nyawa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Exco Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) Datuk Faridah Khalid berkata perkara tentang kesalahan itu termaktub dalam Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).

"Jika disabit kesalahan, ibu bapa atau penjaga yang cuai boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya," katanya.

Beliau bagaimanapun mengakui banyak kes ibu bapa yang cuai itu terlepas daripada tindakan undang-undang berikutan dasar kasihan pihak penguatkuasa terhadap penderitaan yang dihadapi oleh keluarga mangsa yang kehilangan anak mereka.

"Kita mempunyai undang-undang khusus di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] bagi melindungi hak seseorang kanak-kanak di negara ini," katanya.

Faridah berkata beliau terkilan dengan sikap ambil mudah segelintir ibu bapa kini yang memandang remeh soal keselamatan anak mereka sehingga berlakunya kemalangan, kehilangan mahupun kematian.

Beliau berkata seolah-olah menjadi satu trend pada masa kini terdapat ibu bapa yang sanggup meningggalkan anak mereka dalam kereta berjam-jam tanpa pengawalan orang dewasa semata-mata ingin membeli-belah di pasar raya.

"Saya masih ingat lagi satu kes yang berlaku di negara ini pada tahun lepas apabila seorang kanak-kanak mati lemas dalam kereta apabila ibunya terlupa ada membawa anak bersama ke pasar raya," katanya.

Faridah berkata perkara tersebut amat menyedihkan dan tidak sepatutnya berlaku di negara ini.

Beliau berkata ibu bapa adalah pihak yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga dan melindungi anak mereka daripada sebarang ancaman keselamatan dan mereka tidak boleh lari daripada tanggungjawab berkenaan.

Tags / Kata Kunci: NCWO

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan