Bekas Akauntan Negara, Raja Abdul Aziz Meninggal Dunia

Diterbitkan: Rabu, 4 Mac 2015 5:13 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Akauntan Negara Datuk Seri Raja Abdul Aziz Raja Salim meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) awal pagi Rabu.

Jurucakap Istana Terengganu berkata Allahyarham, yang juga ayahanda saudara kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, meninggal dunia kira-kira 1.15 pagi.

Jenazah diterbangkan ke Terengganu pada 3 petang sebelum dibawa ke Istana Maziah, Kuala Terengganu.

Solat jenazah dijangka berlangsung selepas solat Asar sebelum pengkebumian di Makam Diraja Masjid Abidin.

Raja Abdul Aziz, 78, yang juga anggota Lembaga Pengarah K and N Kenanga Holdings, meninggalkan isteri Toh Puan Seri Tengku Ramlah Azizah Sultan Ismail Nasiruddin dan dua anak, Datuk Seri Tengku Azmil Zahruddin dan Tengku Azrina.

Tags / Kata Kunci: Akauntan Negara

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan