Telco Sokong Turun Caj Jalur Lebar

Diterbitkan: Selasa, 3 Mac 2015 9:56 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Syarikat telekomunikasi tempatan menyatakan sokongan terhadap seruan kerajaan untuk menyediakan akses Internet jalur lebar pada kadar rendah.

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Seri Dr Halim Shafie berkata, menerusi pertemuannya dengan Ketua Pegawai Eksekutif pembekal perkhidmatan Jumaat lepas, kumpulan itu turut berkongsi kebimbangan mengenai isu kemampuan, terutamanya di kalangan golongan berpendapatan rendah.

Beliau berkata beberapa isu-isu penting seperti kualiti perkhidmatan dan hala tuju serta masa depan industri yang memberi tumpuan kepada inovasi serta matlamat untuk memperkayakan pengalaman pengguna yang telah dibincangkan dalam mesyuarat itu.

"Ini merupakan satu tindak balas positif daripada pihak industri dan saya berharap sokongan oleh CEO industri akan mempercepatkan proses rundingan," kata Dr Halim menerusi kenyataan.

Dalam kenyataan itu juga, CEO kumpulan Axiata, Datuk Seri Jamaludin Ibrahim berkata langkah untuk mengenakan caj perkhidmatan yang lebih rendah akan memberi manfaat kepada industri dalam jangka masa panjang.

Manakala Ketua Pegawai Operasi DiGi, Albern Murty juga menyatakan sokongan beliau kerana menurutnya penyediaan akses jalur lebar pada harga rendah untuk semua peringkat menjadi prinsip syarikat itu.

Sementara Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Morten Lundal berkata sebagai pembekal perkhidmatan digital, mereka akan terus membantu pelanggan untuk mengakses Internet pada kadar yang lebih baik.

Tags / Kata Kunci: SKMM , Jalur Lebar

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan