Kerajaan Perluas Program B10 Kepada Sektor Lain - Berita Semasa | mStar

Kerajaan Perluas Program B10 Kepada Sektor Lain

Diterbitkan: Selasa, 3 Mac 2015 1:16 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meneroka kemungkinan Program B10, yang akan dilaksanakan di seluruh negara, diperluas kepada sektor lain seperti industri dan penjanaan tenaga.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata program itu melibatkan pengadunan 10 peratus metil ester sawit  dengan 90 peratus bahana api fosil diesel.

"Pelaksanaan sepenuhnya Program B10 dalam jangka panjang akan menggunakan 1.2 juta tan minyak kelapa sawit setahun.

"Ia juga akan menyumbang kepada penggunaan sumber mesra alam dan berkekalan untuk tenaga," katanya dalam ucapan pada Persidangan Minyak Sawit dan Laurik 2015 di sini, Selasa.

Ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Himmat Singh.

Uggah berkata Malaysia akan terus melaksanakan langkah-langkah meningkatkan penggunaan minyak sawit di peringkat domestik selain mengurangkan stok.

Kerajaan melaksanakan program biobahan api sejak 2011, bermula dengan B5.

"Sejak itu, kita meningkatkan program itu kepada B7, yang telah dilaksanakan secara menyeluruh di Semenanjung Malaysia sejak November 2014.

"Pada masa ini kami sedang meneroka kemungkinan melaksanakan program B10 di seluruh negara, katanya.

Persidangan tiga hari yang bermula semalam anjuran Bursa Malaysia, bertema 'Dagangan, Lindung Nilai dan Mendahului Pasaran'.

Tags / Kata Kunci: B10 , Diesel
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan