PR Ancam Adakan Protes Jika Anwar Tidak Dibenarkan Ke Parlimen

Diterbitkan: Selasa, 3 Mac 2015 2:00 PM

Rafizi Ramli.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli mengancam untuk mengadakan protes bersama Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) jika ketua mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dibenarkan menghadiri sesi Dewan Rakyat yang akan bermula pada 9 Mac ini.

Bagaimanapun, Rafizi berkata, bentuk tindakan atau protes yang bakal dilakukan kelak akan didedahkan kepada pengetahuan umum oleh Ketua Whip Parlimen PKR pada minggu hadapan.

"Memang ada cadangan yang khusus, namun adalah lebih baik untuk Ketua Whip Parlimen parti umumkan bentuk tindakan yang akan diambil nanti. 

"Selain daripada memfailkan notis bantahan, protes juga akan dibuat," katanya kepada pemberita pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, Selasa.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata keputusan untuk mengadakan protes itu telah dipersetujui oleh pimpinan PR lebih awal sebelum pengampunan diraja dibuat oleh keluarga Anwar.

Baru-baru ini PKR dilaporkan telah mengemukakan permohonan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia agar membenarkan Anwar menghadiri sidang Parlimen bermula Isnin depan atas alasan teknikal bahawa Anwar masih anggota Parlimen Permatang Pauh kerana proses petisyen pengampunan diraja belum diselesaikan.

Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata 'kata putus' berhubung perkara itu terletak kepada Lembaga Pengampunan sementara perkara yang berkait dengan tafsiran undang-undang terletak ditangan speaker Dewan Rakyat dan peguam negara.

Pada 10 Februari lalu, Mahkamah Persekutuan, mendapati Anwar bersalah dalam kes liwat II dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun. Beliau kini menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh.

Dalam perkembangan lain, Rafizi yang juga Setiausaha Agung PKR melabelkan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin seorang yang penakut kerana enggan berdebat secara terbuka dalam isu liwat II melibatkan Anwar.

"Cukup jelas bahawa Ketua Pemuda Umno tidak berani untuk berdebat, mereka hanya berani berdebat sesama sendiri dalam dewan yang tertutup.

"Orang yang berdebat ini sepatutnya ahli politik, bukannya peguam. Kalau dia berani sepatutnya dia berdebat, tapi Khairy tidak berani berdebat kerana dia berada di Amerika berdebat dengan pelajar-pelajar di sana," katanya.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan