SPM: Pelajar Rabun Catat Keputusan Cemerlang

Diterbitkan: Selasa, 3 Mac 2015 3:47 PM

Philip Ting Kin Tien, dari SMK Sg Maong, Kuching gembira selepas mendapat semua A dalam SPM 2014 negeri Sarawak, Selasa.

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Seorang calon berkeperluan khas (kategori rabun), Philip Ting Kin Tien dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Maong, Kuching, antara pelajar yang mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.

Kin Tien, anak bongsu daripada dua beradik, memperoleh 9A bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan, Biologi, Pendidikan Moral dan Fizik.

Bercita-cita untuk menjadi jurutera, Kin Tien berkata, dia hanya meluangkan masa kira-kira dua jam setiap hari untuk mengulang kaji pelajarannya iaitu antara jam 3 hingga 5 petang.

Selain belajar, dia turut meluangkan sedikit masanya untuk bermain permainan komputer manakala pada sebelah malam pula menghadiri kelas tuisyen.

Kin Tien yang ditemui selepas pengumuman keputusan SPM bagi negeri Sarawak oleh pengarah Jabatan Pelajaran Sarawak Serina Sauni di sini, Selasa, berkata penglihatan yang rabun membataskannya untuk membaca terlalu lama dan ketika di dalam kelas dia duduk di barisan paling hadapan.

"Walaupun saya duduk di barisan paling hadapan tetapi saya masih tidak dapat melihat papan tulis dengan jelas dan memaksa saya menyalin nota kawan-kawan sekelas selain memberi sepenuh tumpuan kepada pembelajaran.

"Saya amat berterima kasih kepada kawan-kawan yang banyak membantu serta guru-guru yang mengajar dan membimbing saya," katanya.

Selain mengulang kaji pelajaran, Kin Tien aktif dalam aktiviti ko-kurikulum di sekolahnya dengan menyertai Kelab Bahasa Inggeris dan pasukan St. John Ambulance.

Dia berharap untuk menyertai abang sulungnya melanjutkan pelajaran di Curtin University, Miri dalam jurusan kejuruteraan kimia.

Tags / Kata Kunci: Philip Ting , rabun , SPM

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan