SPM: Pelajar Buta Sebelah Mata Raih 9A

Diterbitkan: Selasa, 3 Mac 2015 4:22 PM

Chew Sui Teng (kiri) and Neoh Xin Er (kanan) tersenyum bangga sambil memegang keputusan SPM masing-masing, Selasa.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Hilang penglihatan sebelah kanan tiga tahun lepas pernah membuatkan Neoh Xin Er, mengalami kemurungan selama setahun, namun di sebalik kekurangannya itu, beliau berjaya bangkit sehingga dinobat calon berkeperluan khas terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) negeri ini.

Pelajar aliran Sains berusia 18 tahun itu dilahirkan normal dan tidak menyangka perkara itu akan berlaku pada dirinya sementelah mata kirinya semakin kabur hari demi hari dan berkemungkinan akan menjadi buta sepenuhnya.

"Saya disahkan menghidap Glaukoma semasa berumur 15 tahun. Ketika itu, mata kanan dah tak nampak langsung. Memang tidak dapat terima kenyataan kerana saya aktif bersukan di sekolah.

"Rasa rendah diri dan rasa macam tak mahu buat apa-apapun," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan St George di sini, Selasa.

Beliau berkata kegigihan keluarga, guru dan rakan-rakan yang tidak putus-putus memberi dorongan telah membakar semangatnya dan 'melupakan' kekurangan diri sehingga mendapat kesemua A dalam sembilan mata pelajaran yang diambilnya.

Katanya, perkara itu turut membuka lembaran baharu dalam hidupnya apabila beliau beralih kepada kegiatan sukarelawan di gereja dengan bermain piano dan seruling pada masa lapang.

"Dalam keadaan saya macam ini waktu mengulang kaji agak terhad kerana bila saya terlalu lama membaca kepala akan sakit dan rasa penat pada mata. Jadi saya isi masa dengan kegiatan luar," katanya yang berhasrat menyambung pengajian dalam bidang Psikologi dan muzik.

Sementara itu, Di BUKIT MERTAJAM, calon berkeperluan khas dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Jit Sin, di sini Khor Wei Quan, 18, yang mengalami masalah penglihatan memperoleh 6A dan 4B dalam keputusan SPM tahun lepas.

Wei Quan yang merupakan anak sulung daripada empat beradik berkata beliau menggunakan kanta pembesar untuk membaca dan mengulang kaji pelajaran bagi memperoleh keputusan cemerlang.

"Saya sedikit kecewa kerana keputusan yang diperoleh hari ini kurang cemerlang berbanding sasaran saya tetapi saya gembira dan berharap dapat melanjutkan pelajaran," kata anak pasangan mekanik dan suri rumah itu.

Sementara itu, Suraya Salim, 18, pelajar tunggal Melayu di SMJK Jit Sin berkata beliau kejayaan memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM itu adalah hasil memberi tumpuan dalam kelas dan belajar berkumpulan dengan rakan di sekolah.

Anak pasangan ahli perniagaan dan guru itu yang mendapat keputusan 9A dan 1B berharap dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara bagi mencapai cita-citanya menjadi peguam.

"Saya anak keempat daripada lima beradik dan mendapat pendidikan awal di sekolah Cina sejak tadika malah semua adik beradik saya memang bersekolah di SMJK Jit Sin kerana ibu bapa kami mahu memberi pendedahan dalam bahasa lain selain Bahasa Melayu dan Bahasa Ingeris.

Tags / Kata Kunci: Neoh Xin Er , SPM , Glaukoma

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan