Pakar Pentaksiran Antarabangsa Puas Hati Kualiti SPM 2014

Diterbitkan: Selasa, 3 Mac 2015 12:08 PM

Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pakar pentaksiran antarabangsa yang dijemput dalam Mesyuarat Penentuan Standard Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 berpuas hati dengan proses pembinaan instrumen dan pemeriksaan skrip jawapan peperiksaan, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof.

Beliau berkata mereka juga berpuas hati dengan mesyuarat penentuan standard yang telah dilaksanakan dengan penuh kredibiliti dan profesionalisme.

"Mereka juga berpendapat kesemua proses tersebut menepati ciri-ciri piawaian pentaksiran pendidikan dan telah diurus secara sistematik bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan keputusan peperiksaan yang tinggi," katanya pada sidang media pengumuman analisis keputusan SPM 2014, di sini, Selasa.

Menurutnya, mereka yang dijemput bagi tujuan penanda aras dan jaminan kualiti itu terdiri daripada pakar daripada Cambridge International Examinations (CIE) dan Pearson Qualification Services, United Kingdom serta Educational Testing Services (ETS), Amerika Syarikat.

Selain itu, Khair berkata sebanyak 213,168 atau 50 peratus calon SPM 2014 berjaya memperoleh sijil GCE O-Level bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris (1119) yang dibuat dengan kerjasama Lembaga Peperiksaan dan CIE.

Menurutnya, sebanyak 43,062 atau 52 peratus daripada 82,780 calon yang menduduki mata pelajaran Prinsip Perakaunan pula layak memperoleh sijil "LCCI Level 2 Book Keeping and Account" yang dibuat dengan kerjasama Pearson Education Ltd.

Khair juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada calon yang berjaya menunjukkan kecemerlangan dalam peperiksaan SPM 2014.

"Saya juga mendoakan agar mereka dapat meneruskan budaya kecemelangan ini dalam apa juga bidang yang akan diceburi agar dapat menyumbang kepada kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan seterusnya kepada pembangunan negara.

Kepada calon yang kurang berjaya pula, diharap tidak kecewa dan anggaplah kegagalan itu sebagai satu cabaran dan peluang untuk mencipta kejayaan yang lain pada masa akan datang," katanya.

Tags / Kata Kunci: SPM

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan