Mayat Pekerja Bangladesh Diterbangkan Ke Dhaka Malam Ini - Berita Semasa | mStar

Mayat Pekerja Bangladesh Diterbangkan Ke Dhaka Malam Ini

Diterbitkan: Selasa, 3 Mac 2015 11:22 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Usaha sedang dilakukan untuk menghantar balik mayat warga Bangladesh yang maut dalam kemalangan di kawasan V4 Portal Semantan projek Mass Rapid Transit (MRT) dekat Bukit Semantan di sini pada 27 Februari lalu.

Timbalan Pengarah Pembinaan MMC Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd, Adil Putra Ahmad berkata mayat Rijaul Abdul Goni, 40, akan diterbangkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Shahjalal, Dhaka malam Selasa.

"MMC Garuda menghulurkan takziah kepada keluarga mangsa," katanya.

Sementara itu beliau berkata seorang lagi pekerja Bangladesh yang cedera Shanaullah, 37, dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur dilapor berada dalam keadaan stabil.

Kejadian berlaku ketika para pekerja terbabit serta seorang lagi rakan mereka sedang memasang kerangka besi tetulang apabila ikatan antara besi dan kerangka terputus dan terjatuh serta menimpa mereka.

Seorang lagi pekerja itu tidak mengalami kecederaan.

Tags / Kata Kunci: MRT , Bangladesh
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan