Maeps Bakal Jadi Tarikan Baharu Agropelancongan - Berita Semasa | mStar

Maeps Bakal Jadi Tarikan Baharu Agropelancongan

Diterbitkan: Selasa, 3 Mac 2015 1:19 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Taman Pameran Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang bakal menjadi lokasi tumpuan terbaharu bagi tarikan sektor agropelancongan negara dengan pembukaan laman pertanian dan pavilion negeri-negeri.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pihaknya sedang berunding dengan pihak berkenaan termasuk dari Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta wakil setiap negeri.

"Kita masih di peringkat perbincangan termasuk hal berkaitan peranan negeri-negeri dan sumbangan yang diperlukan untuk mempromosi pavilion di negeri masing-masing," katanya kepada media selepas merasmikan Seminar Agropelancongan 2015 di sini, Selasa.

Beliau berkata laman pertanian akan dibuka setiap hari mulai bulan depan manakala pavilion negeri, yang mempromosikan budaya negeri masing-masing pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad, dibuka dalam masa tiga bulan lagi.

Sebagai contoh, katanya Sarawak bukan sahaja mempromosikan makanan seperti di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Antarabangsa (MAHA), malah melibatkan persembahan kebudayaan mereka.

Ismail Sabri berkata sektor pelancongan negara berkaitan alam sekitar termasuk agropelancongan mempunyai potensi yang sangat besar kerana ia menjadi tarikan kepada masyarakat luar terutamanya dari Eropah, Jepun dan Asia.

"Malah, Singapura juga mempunyai silibus berkaitan pelancongan dalam sistem pendidikan mereka.

"Namun, seperti diketahui, mereka tidak mempunyai tempat seperti yang ada di negara ini seperti dusun buah-buahan, ikan dalam sangkar,"katanya.

Tags / Kata Kunci: Agropelancongan , Maeps
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan