Jangan Melampau Cari Untung Semasa LIMA - Mukhriz

Diterbitkan: Selasa, 3 Mac 2015 9:38 PM

Mukhriz (dua,kanan) melawat Pusat Khidmat Adun Kuah pada Selasa. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Para peniaga di Langkawi diminta tidak menaikkan harga barang jualan mereka semasa Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA'15) dari 17 hingga 21 Mac ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata para peniaga perlu turut mengambil kira kuasa beli penduduk tempatan.

"Orang asing mungkin sanggup membayar kadar (harga barangan yang dikenakan) itu kerana mereka tidak tahu kos di sini, tapi bagi orang tempatan, ia sangat merumitkan. Kalau pun hendak mengaut keuntungan, berpada-padalah. Jangan terlampau sangat," katanya kepada pemberita pada Selasa.

Beliau merasmikan Pusat Khidmat Rakyat Anggota Dewan Undangan Negeri Kuah.

Beliau diminta mengulas fenomena kenaikan harga barang oleh peniaga setiap kali LIMA diadakan, misalnya menaikkan harga roti canai kepada RM5 daripada sekitar RM1 sekeping.

Mukhriz memberi contoh langkah seorang pengusaha kedai makan di Kubang Pasu yang masih mampu meraih keuntungan biarpun menjual makanan pada harga RM2.

Kuantiti jualan akan meningkat apabila berlaku peningkatan mendadak pelancong semasa LIMA, katanya.
Tags / Kata Kunci: Lima , Mukhriz Mahathir

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan