Kelantan Paling Teruk Penjagaan Hutan

Diterbitkan: Selasa, 3 Mac 2015 4:56 PM

Hutan di Jeli.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penyelidik lapangan Sahabat Alam Sekitar (SAM) hari ini mendakwa Kelantan dikenal pasti sebagai negeri paling teruk dalam penjagaan hutan di Malaysia.

Penyelidik berkenaan Meor Razak Meor Abdul Rahman mendakwa keluasan hutan simpan kekal yang ditebang untuk dijadikan hutan ladang di negeri itu adalah terbesar di negara ini.

Beliau berkata berdasarkan rekod Jabatan Perhutanan negeri itu, sebanyak 41 lesen konsesi pembalakan diluluskan dalam hutan simpan kekal di jajahan Kelantan Selatan meliputi jajahan kecil Gua Musang dan Lojing.

"Jadi bagaimana Menteri Besar Kelantan (Datuk Ahmad Yaakob) boleh menyatakan pemberian lesen dibekukan pada 2006 apabila masih ada lesen diluluskan pada tahun lepas?" katanya kepada pemberita selepas Forum Media Khazanah Alam  Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKA)-Institut Akhbar Malaysia (MPI) 2015 di sini, Selasa.

Beliau berkata pembalakan dan penerokaan hutan tersebut merupakan antara faktor penyumbang kejadian banjir luar biasa yang berlaku baru-baru ini.

Meor Razak berkata Kelantan mengamalkan konsep hutan ladang di mana melalui konsep itu, semua pokok ditebang sehingga gondol untuk ditanam dengan tanaman seperti getah dan kelapa sawit.

Katanya ia menyebabkan tanah di kawasan itu tidak mampu menampung air hujan dan akhirnya mengakibatkan banjir.

Dalam pada itu, beliau berkata Sabah dan Selangor merupakan negeri terbaik dalam penjagaan hutan dengan Sabah mengamalkan pembalakan mampan manakala Selangor tidak membenarkan sebarang pembangunan di kawasan hutan simpan kekalnya.

Sementara itu, PEKA mencadangkan penggunaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dalam memantau aktiviti pembalakan dan pembukaan tanah secara berlebihan.

Timbalan Presidennya Dr Abdul Razak Abdul Rahman berkata melalui pendekatan itu, pelbagai agensi dapat bergabung tenaga bersama Jabatan Perhutanan untuk membendung aktiviti tersebut.

"Sebagai contoh, Angkatan Tentera Malaysia boleh membantu dalam memantau pembalakan dan penerokaan hutan," katanya.

Beliau berkata faktor kekurangan penguatkuasaan daripada Jabatan Perhutanan menyebabkan kurangnya penyiasatan serta pemantauan terhadap aktiviti pembalakan.

Dr Abdul Razak berkata kerjasama tersebut juga dapat memastikan proses penanaman semula pokok oleh syarikat yang diberikan konsesi balak.

Tags / Kata Kunci: Kelantan , Hutan

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan