Integriti Pegawai Kunci Utama Walau Transaksi Wang Tunai Dihapus

Diterbitkan: Selasa, 3 Mac 2015 7:00 AM

Akhbar Satar.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Integriti pegawai masih menjadi kunci utama walaupun transaksi wang tunai dihapuskan bagi memperkasakan sesuatu agensi atau jabatan kerajaan.

Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar berkata, setiap cadangan bagi melakukan perubahan atau pembaharuan dalam perkhidmatan sebagai usaha memperkasakan integriti adalah baik dan seharusnya dilaksanakan.

Bagaimanapun katanya, langkah tersebut tidak bermakna ia dapat mencegah masalah rasuah daripada berlaku kerana pokok pangkalnya adalah sejauh mana tahap integriti penjawat awam terbabit.

“Apapun kita masih memerlukan pegawai yang berintegriti. Apa-apa sistem yang ada, jika pegawai tidak ada integriti, maka cita-cita untuk mengurangkan rasuah sukar dicapai.

“Sesiapapun akan cuba mencari jalan (melakukan rasuah). Apa yang mustahak adalah jabatan atau organisasi itu mempunyai pegawai berintegriti,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Muka depan akhbar The Star pada Sabtu lalu melaporkan mengenai hasrat Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk menghapuskan transaksi wang tunai yang sebelum ini secara tidak langsung boleh mempengaruhi masalah integriti pegawainya.

Langkah tersebut turut merupakan usaha jabatan berkenaan dalam mempertingkatkan kecekapan perkhidmatan kepada pelanggan.

Akhbar berkata, bagi melahirkan pegawai berintegriti, sektor perkhidmatan awam perlu mengadakan kursus bagi memperkasakan integriti di kalangan pegawai dari semasa ke semasa.

Pada masa sama, katanya, pegawai awam perlu diingatkan mengenai hukuman dan kesan sekiranya melaksanakan tugas tanpa integriti.

“Mereka juga perlu memastikan aspek integriti menjadi penekanan utama selain faktor kelayakan dalam pengambilan pegawai baharu di agensi mereka.

"Pegawai yang berkelayakan dan berintegriti berupaya menjalankan tugas dan tanggungjawab untuk sesuatu organisasi dan masyarakat pada tahap terbaik," katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Dr A. Bakar Sarpon berkata, sebarang sistem yang boleh membawa kepada pemantapan integriti seharusnya dilaksanakan oleh semua agensi kerajaan.

Menurutnya, ia bagi memastikan proses pembayaran lebih telus, meyakinkan dan mengelak kemungkinan berlaku isu penyalahgunaan wang yang digunakan dalam operasi jabatan.

“Apa jua proses sekiranya ia bertujuan untuk penambahbaikan harus dilaksanakan dan IIM sentiasa menggalakkan pemantapan proses penghayatan dan pembudayaan integriti dari semasa ke semasa.

“Ia adalah tanggungjawab semua agensi melalui latihan, program dalaman dan seminar yang perlu dilakukan dalam konteks integriti pegawai. Kita memberi galakan dan bantuan kepada semua di peringkat agensi dan organisasi," katanya.

Pada Isnin, mStar Online melaporkan beberapa persatuan pengguna menggesa kerajaan supaya menyeragamkan penghapusan transaksi wang tunai dalam operasi di semua agensi kerajaan sebagai usaha memperkasakan integriti perkhidmatan awam.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan